Sepasang suami isteri mual selepas mendapati sup daging yang dipesan di sebuah restoran Korea di Manhattan, New York, mengandungi bangkai seekor tikus. Perkongsian gambar bangkai tikus di dalam sup Eunice Lucero-Lee mencetus pelbagai reaksi netizen, malah ada yang membuat perbandingan insiden itu dengan filem Disney pada 2007, Ratatouille yang mengisahkan seekor tikus yang mempunyai bakat masakan, membantu seorang tukang masak yang baru bekerja untuk membuat sup yang lazat sehingga menjadi hidangan istimewa. Menurut laporan New York Post dipetik Daily Star, Eunice berkunjung ke restoran itu bersama suaminya, Jason Lee. Difahamkan, restoran berkenaan masih beroperasi dan dia memberi amaran kepada orang lain supaya tidak berkunjung ke restoran itu. - CARI |
ADVERTISEMENT