CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Tahun Di Balik Jeriji Besi, Lelaki Menangis Dibebas Hukuman Penjara 400 Tahun

17-3-2023 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3790| Komen: 0

Description: Seorang lelaki mengalirkan air mata sebaik mahkamah memutuskan untuk membebaskannya dari hukuman penjara 400 tahun selepas 30 tahun menghabiskan masa di sebalik jeriji besi.Harian Metro memetik The Gu ...
Seorang lelaki mengalirkan air mata sebaik mahkamah memutuskan untuk membebaskannya dari hukuman penjara 400 tahun selepas 30 tahun menghabiskan masa di sebalik jeriji besi.

Harian Metro memetik The Guardian melaporkan, keputusan itu dibuat selepas didapati berlaku kesilapan semasa pengecaman.



VT.co

Sidney Holmes, 57, yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rompakan bersenjata, dibebaskan dari penjara di Fort Lauderdale, Florida selepas kerajaan negeri memutuskan untuk menyiasat semula rompakan bersenjata pada 1988, di mana Holmes dituduh berperanan sebagai pemandu untuk membantu penjenayah melarikan diri dan ditahan pada Oktober pada tahun sama.

Holmes disabitkan kesalahan berikutan perbicaraan juri pada 1989 mendapati dia berkhidmat sebagai pemandu untuk dua lelaki tidak dikenali yang merompak seorang lelaki dan wanita, mencuri kereta mangsa serta mengacu senjata di luar kedai.


Holmes mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya dan menghubungi Unit Semakan Sabitan (CRU) peguam negeri pada November 2020.

"Pihak pendakwa dengan CRU menentukan Holmes mempunyai dakwaan yang munasabah untuk tidak mengaku bersalah kerana pengenalan saksi yang tidak pasti menjadi bukti utama dalam perbicaraan," kata peguam negara Broward, Harold Pryor.



Penyiasatan semula oleh CRU mendapati, pengenalpastian saksi mata terhadap Holmes mungkin pengenalan yang salah disebabkan oleh gambar dan amalan proses pengecaman biasa digunakan oleh penguatkuasa undang-undang ketika itu yang disifatkan oleh Pryor sebagai tidak boleh dipercayai secara saintifik.

Tiada bukti kukuh yang mengaitkan Holmes dengan perompak itu selain daripada pengenalan yang salah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061502 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top