Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif itu sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
Sumber BERNAMA
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
"Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
"Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Sumber: BERNAMA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Harap2 bukan charter mana2 company swasta punya lagi dah. Beli je la aset tu. Yg banyak pakai pihak Jakoa la, nak bawak keluar orang asli dari pedalaman. Sekali charter satu trip beribu habis.