CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8276|Reply: 8

Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini

[Copy link]
Post time 16-3-2023 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif itu sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Sumber BERNAMA

Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

"Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.



"Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.


Sumber: BERNAMA











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
NGA KOR MING! NGA KOR MING! NGA KOR MING!

Burrrpppppp
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta terbang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 bukan charter mana2 company swasta punya lagi dah. Beli je la aset tu. Yg banyak pakai pihak Jakoa la, nak bawak keluar orang asli dari pedalaman. Sekali charter satu trip beribu habis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Insuran cover tak??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
putricitrasari replied at 16-3-2023 10:56 PM
Harap2 bukan charter mana2 company swasta punya lagi dah. Beli je la aset tu. Yg banyak pakai pihak  ...

Aku setuju je...tengok kes Campak Suku Batek 2019, punya la susah ekses nak ke situ sampai terpaksa pindahkan diorg ke tempat lain untuk elak wabak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm..bukan mmg dah berjln ke..kadang pakai pdrm..kadang bomba...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh bagus laa. teringat cerita jepun code blue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah,Sarawak  lama dah ada... depa panggil 'doktor udara'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059066 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list