CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Penjara 14 Tahun Terhadap Bekas Guru Liwat Remaja Lelaki Kekal

16-3-2023 07:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10095| Komen: 17

Description: Hukuman penjara 14 tahun terhadap bekas guru sekolah rendah yang didapati bersalah mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki dikekalkan Mahkamah Rayuan hari ini.Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk ...
Hukuman penjara 14 tahun terhadap bekas guru sekolah rendah yang didapati bersalah mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki dikekalkan Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Lim Chong Fong, sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Shafie Abdul Rani, 53, kerana sabitan atas kesalahan tersebut adalah selamat.



Gambar hiasan

Dalam menyampaikan keputusan itu, Hakim Hadhariah berkata, hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.

Mohamad Shafie disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Julai 2021 atas tiga pertuduhan mencabul mangsa ketika berusia 11 tahun di dalam bilik sebuah sekolah dan di pusat latihan guru di kawasan itu, daerah Hilir Perak, pada tahun 2012 dan 2013.


Dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan meliwat mangsa yang sama pada ketika itu berumur 17 tahun di sebuah rumah di Langkap, daerah Hilir Perak, pada Disember 2018.

Mohamed Shafie diperintah menjalani hukuman penjara secara berasingan dari tarikh ditangkap pada 8 Feb 2021 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu.

Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara pada 26 Mei tahun lepas.

Perayu diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 16-3-2023 07:24 PM
At least kau tak mati dalam keadaan virgin sis.
Quote Orix 16-3-2023 07:52 PM
Cemana dh 17 tahun dia leh jumpa ckgu tu balik ? Ckgu tu skola rendah. Fishy.
Quote menjad 16-3-2023 07:55 PM
Tak guna punya Cikgu. Mesti budak lelaki tuh mmg rapat ngan Cikgu nih. Ikut jer kemana2 kena grooming. Smp umo 17 pun masih dikejar lagi
Quote Perwira2022 16-3-2023 08:14 PM
Lepas beberapa tahun penjara boleh mohon keampunan YDPA. Kalau Anwar yg meliwat jubur beberapa orang lelaki boleh diampunkan, apalah sangat meliwat jubur sorang je budak lelaki.

BTW, sedap ke anal sex ni? Yg sampai Nuar pun ketagih.
Quote ladybugz 16-3-2023 10:57 PM
jiran i dua org cikgu yg buat perangai mcm ni. seekor tu mmg berkahwin beranak pinak kantoi dgn skolah pun stakat kena tuka skolah ja. seekor lg dah bercerai waktu muda lg, habis budak2 sekeliling kejiranan i kena cabul n liwat dgn dia. i x tau waktu i kecik sbb dia hanya target kanak2 lelaki. bila dah dewasa ni baru la ada yg bukak cerita. skrg bebas ja diorg kesana sini. mcm takda apa berlaku. yg parah mangsa2 dia semua bermasalah jiwa sorg jd scammer ka apa x kawin2. sorg lg kena hiv sbb mmg termakan gejala sex songsang sbb diliwat dgn jiran i tu n berlawan dgn diri sendiri sampai skrg, sorg alhamdulillah berjaya melawan walaupun pernah di liwat cikgu tu waktu budak2 tp skrg dah kwin n bahagia dgn anak walaupun contracted std sifilis from that bastard.
Quote B40tastePosh 16-3-2023 11:00 PM
ladybugz replied at 16-3-2023 10:57 PM
jiran i dua org cikgu yg buat perangai mcm ni. seekor tu mmg berkahwin beranak pinak kantoi dgn skol ...

Kesian nya kejiranan uols...pernah tengok vtt perempuan ni share perumahan kuaters dia dirogol bapak sendiri.
Quote kitmal 16-3-2023 11:52 PM
Lain kali tunjuk gambar orang yang di dakwa ya
Quote prince_marhaen 17-3-2023 09:31 AM
Edited by prince_marhaen at 17-3-2023 09:33 AM
kitmal replied at 16-3-2023 11:52 PM
Lain kali tunjuk gambar orang yang di dakwa ya

hello guys.... hahahahaha... rajin meols CSI ye.. agak wajah pervert ye..

http://skahti5006.blogspot.com/2013/09/tetap-dikenang.html
shafierani.png
DSCF6212.JPG




Quote shernazz 17-3-2023 09:46 AM
prince_marhaen replied at 17-3-2023 09:31 AM
hello guys.... hahahahaha... rajin meols CSI ye.. agak wajah pervert ye..

http://skahti5006.blogs ...

Hanat sungguh cikgu ni
Elok la kau dok dalam penjara TU ..
Bior disodom plak oleh geng2 lain..
Quote DARSITA 17-3-2023 09:49 AM
Orix replied at 16-3-2023 03:52 AM
Cemana dh 17 tahun dia leh jumpa ckgu tu balik ? Ckgu tu skola rendah. Fishy.


Mungkin diugut dgn video and gambar.



Quote ifanonline 17-3-2023 09:52 AM
peliwat wajib kena penjara dan sebat
Quote laksmanabentan 17-3-2023 12:26 PM
umur 11 tahun pertama kali dicabul (2012 & 2013)
umur 17 tahun dicabul lagi (2018)
tahun 2021 baru ditangkap
Quote Firenzza 17-3-2023 12:36 PM
shernazz replied at 17-3-2023 09:46 AM
Hanat sungguh cikgu ni
Elok la kau dok dalam penjara TU ..
Bior disodom plak oleh geng2 lain..

Hada ke bnduan lain selera nk sodom cikgu nih?
Quote shernazz 17-3-2023 03:23 PM
Firenzza replied at 17-3-2023 12:36 PM
Hada ke bnduan lain selera nk sodom cikgu nih?

Maybe ada kot...yang jenis tak kezzah janji puas..haha...
Bior dia plak rasa mcmana disodom itu...
Harey sungguh la cikgu ni...iskk
Quote totokreturn. 17-3-2023 03:48 PM
laksmanabentan replied at 17-3-2023 12:26 PM
umur 11 tahun pertama kali dicabul (2012 & 2013)
umur 17 tahun dicabul lagi (2018)
tahun 2021 baru d ...

aku rasa lah, cikgu ni terperangkap dengan akta atau seksyen mangsa bawah umur, tak kisah la ko rela ke tak, kalo bawah umur je laki atau pempuan terus jatuh kategori rogol atau liwat

oleh yg demikian rajin2 la study pasal Law sikit2, jgn sampai jadi benak
Quote SweetRehan 17-3-2023 03:49 PM
Bodoh tul Cikgu ni....elok la mereput dlm penjara...
Quote kitmal 17-3-2023 09:13 PM
prince_marhaen replied at 17-3-2023 09:31 AM
hello guys.... hahahahaha... rajin meols CSI ye.. agak wajah pervert ye..

http://skahti5006.blogs ...

hebattttttttttttttttttt..tq

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076583 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top