BANGKOK – Operasi mencari silinder atau kanister radioaktif isotop Caesium-137 yang hilang di Prachin Buri dipertingkatkan selepas usaha tersebut tidak berhasil, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Kelmarin pekerja- pekerja dilengkapi dengan alat pengesan radiasi menggeledah kedai-kedai barangan sekerap di daerah Si Maha Phot, wilayah Prachin Buri, tengah Thailand tetapi tidak menemui apa-apa. Syarikat Loji Tenaga Nasional 5A menawarkan ganjaran 50,000 baht (RM6,534) untuk maklumat yang membawa kepada penemuan semula kanister radioaktif tersebut. Tiub keluli itu hilang dari loji janakuasa di sebuah kawasan perindustrian. Kanister itu mempunyai diameter kira-kira 2 inci dan panjang 8 inci, manakala beratnya pula sekitar 25 kilogram. Menurut portal berita Thai PBS World, bahan radioaktif itu dilaporkan hilang semasa pemeriksaan rutin, menyebabkan syarikat itu membuat laporan polis.
Bahagian Kesihatan Kecemasan kini bersiap sedia dengan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam, Opart Karnkawinpong bersiap sedia untuk langkah-langkah susulan apabila dan di mana bahan itu ditemui. Beliau dilaporkan memberitahu jabatan itu untuk menyediakan senarai pakar sinaran rariasi supaya turut berwaspada. Opart berkata, hospital Nopparat Rajathanee dan Ramathibodi telah diarahkan untuk berkoordinasi dengan Bahagian Kesihatan Kecemasan jika orang ramai terdedah kepada radiasi dan memerlukan rawatan. Beliau menyatakan bahawa pendedahan singkat kepada bahan radioaktif itu tidak akan memberi banyak kesan ke atas kesihatan seseorang, tetapi pendedahan berpanjangan kepada sinarannya boleh membahayakan nyawa. Kakitangan di loji janakuasa itu juga berkata, bahan itu tidak akan memudaratkan kesihatan seseorang melainkan silinder itu dibongkar. Sekiranya silinder dibongkar, Caesium-137 tidak kelihatan dan tidak berbau, menjadikannya sukar untuk menentukan sama ada seseorang telah terdedah. Apabila terdedah, badan akan mengalami nekrosis (pereputan tisu badan) akibat sinaran beta dan gamma. Pejabat Atom untuk Keamanan, Permsuk Sutchapiwat memberi amaran : “Jika seseorang memecahkan silinder dan apabila anda terdedah secara langsung, anda boleh terdedah kepada risiko kanser yang tinggi dan penyakit serius lain, jadi tolong jangan pecahkan silinder itu.” – CARI Sumber: Kosmo
|
antikorok replied at 16-3-2023 06:41 PM
Kene rembat nak dijual jadik besi burok letewww
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...
ADVERTISEMENT