CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5477|Reply: 11

Cemas Silinder Radioaktif Hilang, Pendedahan Boleh Akibatkan Tisu Badan Manusia Mereput

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Operasi  mencari silinder atau kanister radioaktif isotop Caesium-137  yang hilang di Prachin Buri dipertingkatkan selepas usaha tersebut tidak berhasil, lapor portal berita Thaiger hari ini.


Kelmarin pekerja- pekerja  dilengkapi dengan alat pengesan radiasi menggeledah kedai-kedai barangan  sekerap di daerah Si Maha Phot,  wilayah Prachin Buri,  tengah Thailand tetapi tidak menemui apa-apa.


Syarikat Loji Tenaga Nasional 5A menawarkan ganjaran 50,000 baht (RM6,534)   untuk maklumat yang membawa kepada penemuan semula kanister radioaktif tersebut. Tiub keluli itu hilang dari loji janakuasa di sebuah kawasan perindustrian.




Foto: Agensi




Kanister itu mempunyai diameter kira-kira 2 inci  dan panjang 8 inci, manakala beratnya pula sekitar 25 kilogram.


Menurut portal berita  Thai PBS World, bahan radioaktif itu dilaporkan hilang semasa pemeriksaan rutin, menyebabkan syarikat itu membuat laporan polis.


Bahagian Kesihatan Kecemasan kini bersiap sedia  dengan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam, Opart Karnkawinpong bersiap sedia untuk langkah-langkah susulan apabila dan di mana bahan itu ditemui.


Beliau dilaporkan memberitahu jabatan  itu untuk menyediakan senarai pakar sinaran rariasi supaya turut berwaspada. Opart berkata,  hospital Nopparat Rajathanee dan Ramathibodi telah diarahkan untuk berkoordinasi dengan Bahagian  Kesihatan Kecemasan jika orang ramai terdedah kepada radiasi dan memerlukan rawatan.


Beliau menyatakan bahawa pendedahan singkat kepada bahan radioaktif  itu tidak akan memberi banyak kesan ke atas kesihatan seseorang, tetapi pendedahan berpanjangan kepada sinarannya  boleh membahayakan nyawa.


Kakitangan di loji janakuasa itu juga berkata,  bahan itu tidak akan memudaratkan kesihatan seseorang melainkan silinder itu dibongkar.


Sekiranya silinder dibongkar, Caesium-137 tidak kelihatan dan tidak berbau, menjadikannya sukar untuk menentukan sama ada seseorang telah terdedah. Apabila terdedah, badan akan mengalami nekrosis (pereputan tisu badan) akibat sinaran beta dan gamma.


Pejabat Atom untuk Keamanan, Permsuk Sutchapiwat memberi amaran : “Jika seseorang memecahkan silinder dan  apabila anda terdedah secara langsung, anda boleh terdedah kepada risiko kanser yang tinggi dan penyakit serius lain, jadi tolong jangan pecahkan silinder itu.” – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene rembat nak dijual jadik besi burok letewww
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ttiba djumpai di malaysia sudahseram pulak aq
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:45 PM | Show all posts
antikorok replied at 16-3-2023 06:41 PM
Kene rembat nak dijual jadik besi burok letewww

Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radioaktif dicuri. Ada yang curi besi nak jual besi buruk tapi tak tau dalam tu ada radioactive material. Ada yang dah jual kat kedai bundle dan stor barang buruk tapi dapat dikesan. Ada curi dari pick up truck. Di Mexico dan Brazil juga ada kes yang sama. Orang curi xray machine di klinik yang dah tak beroperasi. Ratusan orang satu kampung terkena radiasi. Bahaya sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Australia aritu pun ada hilang gak kat hiway depa...klau dlm movie pihak berkuasa pkai heli yg ada sensor khas kesan radiasi cepat je jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
One of reason kenapa cancer meningkt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...

Kes kat Mexico dan Brazil tu siap bawa balik rumah.
Dorang pun taktau 'besi' tu radioaktif.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kisah Hisashi Ouchi 1999.
Macam hancur/melecur jer kulit dan daging beliau selama waktu dirawat di hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kat australia. Sib baik jumpa. Bukan silinder radioaktif tapi peralatan berunsur radioaktif.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...

Mcm batu gunung berapi. Silap2 ambil takut ada yg bersifat radioaktif.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pula Schroedinger"s Cat Theory.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 16-3-2023 10:45 PM
Dah berapa kali juga terjadi di beberapa negara termasuk Malaysia di mana alat yang ada bahan radi ...

Sebut pasal pemungut besi ni, dulu 2 kali kejadian yg sama berlaku di kota belud sabah. Org collect bom tangan lama. Dorang ingat tak meletup dah..bawa balik rumah, si bapa ni ketuk..hancur rumah tu. Dgrnya dgn daging manusia skali hancur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053304 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list