CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Lu Mati Mentega Terbang' - Kereta Disimbah Cat, Pengarah Mentega Terbang Diugut Bunuh

16-3-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6340| Komen: 24

Description: Bukan saja keretanya disimbah dengan cat merah dan hitam, malah pengarah filem Khairi Anwar menerima nota ugutan yang ditinggalkan di rumahnya."Lu dengan family mesti mati," tulis nota itu.Khairi adal ...
Bukan saja keretanya disimbah dengan cat merah dan hitam, malah pengarah filem Khairi Anwar menerima nota ugutan yang ditinggalkan di rumahnya.

"Lu dengan family mesti mati," tulis nota itu.


Khairi adalah pengarah Mentega Terbang yang mengundang kontroversi baru-baru ini selepas dilihat sesetengah pihak sebagai menghina Islam.


MalaysiaKini

Nota lain yang ditinggalkan di rumahnya berbunyi: "Islam pasti bangkit! #MentegaTerbang", "Mentega Terbang, jangan cabar Islam", "Ingat family selamat Mentega Terbang?" dan "Tengok lu punya langsi Mentega Terbang".

Menurut MalaysiaKini, laporan polis menyebut pengarah berusia 31 tahun itu mendakwa kereta pelakon Arjun Thanaraju juga disimbah dengan cat merah dan asid, di rumahnya di Ampang.


MalaysiaKini


Namun, tidak dapat dipastikan jika Arjun turut menerima ugutan yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Zaid Hassan ketika dihubungi, mengesahkan Khairi telah membuat laporan polis pagi ini.


MalaysiaKini

Serangan itu sehari selepas polis mengambil keterangan Khairi dan enam pelakon dalam filem tersebut.

Mentega Terbang disiarkan di platform penstriman Viu dan mengisahkan tentang Aishah, remaja berusia 15 tahun yang bergelut dengan persoalan kehidupan selepas mati dalam pelbagai agama, setelah ibunya didiagnos menghidap penyakit kritikal.

Sejumlah pihak menyifatkan filem itu sebagai menghina Islam kerana memaparkan seorang yang beragama Islam cuba mendalami agama lain.


MalaysiaKini

Filem itu kini disiasat mengikut Seksyen 289A dan 505(b) Kanun Keseksaan, Serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem Mentega Terbang mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 16-3-2023 05:58 PM
Biasalah meleis perangai taliban.
Quote Lavender_Violet 16-3-2023 06:04 PM
Mana lah org tak label Islam ni extremis
Ntah pape je perangai seko2
Tapi sbg peringatan jugak kt produksi MT ni...lenkali jgn suka buat filem diluar norma agama Islam...indie lah sangattt
Quote jambatannetizen 16-3-2023 08:06 PM
MACAM INI KE KELAKUAN UMAT ISLAM???

Kalau kau tak suka pun, perlu ke sampai ganas mcm ini?????
Patut ramai orang ada skeptical opinion terhadapt ugama kita.
Quote dudaberhias 16-3-2023 08:43 PM
eeee overnya nyah sampai nak baling2 asid bagai... tapi kaka musykil sebab orang melayu memang tulis gitu ke... kenapa tulisan macam ahlong tampal2 kat bawah jambatan tu jah plot twist rhopernyaaaaa penerbit sendiri yang buat demi publisiti dan ihsan terhadap filemnya
Quote Zazama 16-3-2023 08:49 PM
Tak pasal2 duit pun terbang nk kasi repair kereta pengarah memtega tebang!
Quote Dodod 16-3-2023 09:30 PM
dudaberhias replied at 16-3-2023 08:43 PM
eeee overnya nyah sampai nak baling2 asid bagai... tapi kaka musykil sebab orang melayu memang tulis ...

baca tajuk td pon terpk gitu. tah sapa yg xde keja nk buat gini melainkan ah long jer.  
Quote dua_chzy 16-3-2023 09:33 PM
Anggap saja la pelaku tu IQ dan EQ sama rendah. Bertabahlan direktor. You should expect this kind of backlash la when you made the movie.
Quote mojarean_X 16-3-2023 09:35 PM
Lahh setakat simbah cat merah je ke?
Quote mojarean_X 16-3-2023 09:38 PM
Obvious sgt lah MO simbah2 cat merah supaya bole divert dari kontroversi sbnr. Mohon pihak berkuasa siasat semua yg terlibat dlm citer ni. Jgn lepaskan mereka ni.
Quote _blackbird 16-3-2023 09:39 PM
Aku sebenarnya tak paham apa la yg sikit terhina sikit terhina. Cepat sentap betul lah. Yg over nau nau ni pon sah ler mmg tak beriman. Ni kalau diacukan pistol kat kepala soh murtad confirm terus murtad. Sebab tu over nau nau
Quote printercomel 16-3-2023 09:39 PM
aldilla_zahraa replied at 16-3-2023 05:58 PM
Biasalah meleis perangai taliban.

entah - entah sendiri buat sis? nak divert dan play victim card. kalau melayu ni jenis cepat mengamok dah lama kot terbakar semua tempat masa kes adib aritu, kes sekolah tanglung, kes lempar babi kat masjid, eh banyak lagi la.

tapi aman jek kan. so melayu islam ke buat?
Quote Rogue98 16-3-2023 09:41 PM
Orang kalau marah betul awal2 lagi dah mengamuk. Ni dah berapa minggu baru nak baling2 cat...baru nak lu langsi bagai. Orang Islam tak buat mcm ni der. Gangster ni duk promote Mentega Terbang...dia tulis banyak kali....
Quote rayna_raynes 16-3-2023 11:43 PM
mojarean_X replied at 16-3-2023 09:35 PM
Lahh setakat simbah cat merah je ke?

kereta merah kena acid

Quote KarinaKapur 16-3-2023 11:45 PM
Jgn cepat melatah, ntah2 sendiri simbah cat..geng2 liberal saja nak cari point nak burukkan islam lg..biar polis siasat betul2..
Quote brunesss 17-3-2023 09:16 AM
bodohnya extremist ni, mcm di dunia ni org islam je yang dapat hidup
Quote electricopop 17-3-2023 10:59 AM
Meleis gini la perangai. Biar la pihak berkuasa yang amik undang undang.
Quote nylliette 17-3-2023 11:00 AM
ntahnya ke sendiri buat nak divert attention. boleh burukkan imej islam. aku tak rasa ada org islam nak pi buat pun. dah mmg majlis agama lpf smua dah ambik tindakan pun, apa kita nak kisah lagi, yang tersakiti tu skrg puak diorg jek
Quote fly_in_d_sky 17-3-2023 11:54 AM
kenapa perlu nak bersikap ganas ..?
no wonder orang bukan islam anggap islam ni ganas
Quote pia250110 17-3-2023 12:03 PM
mcm sendiri buat jeee...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.302727 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top