Sebilangan penonton berang apabila dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab. Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.
Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab. Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu. Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut. Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu. Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.
Dokumentari Netflix itu turut dikecam kerana lebih menumpukan pada teori konspirasi kehilangan MH370 serta mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan. "Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu. "Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan," tulis beberapa penonton. Sumber: mStar
|
tripleid replied at 16-3-2023 11:38 AM
selagi media dok up cite psl mh370 selagi tu lah org akan takut nak naik MAS..
so mmg lambat lagi ...
lifeline replied at 16-3-2023 11:41 AM
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....
lifeline replied at 16-3-2023 11:41 AM
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....
ADVERTISEMENT