View: 3671|Reply: 12
|
Dokumentari MH370 Dikecam Dedah Panggilan Telefon Penumpang Gagal Dikesan, Fokus Pada Teori Konspirasi
[Copy link]
|
|
Sebilangan penonton berang apabila dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.
Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.
Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.
Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.
Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.
Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.
Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.
Dokumentari Netflix itu turut dikecam kerana lebih menumpukan pada teori konspirasi kehilangan MH370 serta mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.
"Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.
"Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan," tulis beberapa penonton.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 16-3-2023 11:37 AM
Sebagai peminat cerita x-files dan cerita mengarut, sis percaya teori ketiga. Jangan cerca sis, sbb sis da buat disclaimer 
Selama rata-rata bacaan, ada banyak sudut pandang. Dari sudut pandang yang psychic, teori ketiga sangat lah melengkapkan puzzle. Tukang buat dokumentari pun mesti sokong teori ketiga |
|
|
|
|
|
|
|
selagi media dok up cite psl mh370 selagi tu lah org akan takut nak naik MAS..
so mmg lambat lagi lah Mas nak kembali ke zaman kegemilangan mcm dulu2 selagi org dok bercerita psl tragedi ni |
|
|
|
|
|
|
|
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....
|
|
|
|
|
|
|
|
frust juga tgk documentary ni smlm kat Netflix. Very cliche and nothing new.
ku mengharapkan atleast ada la hint baru yg boleh hype kat documentary ni.. skali hampeh. ulang2 benda sama je la and tinggalkan persoalan di akhir documentary tu what next which is nothing new.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku skip dokumentari ni , separuh ,aku mcm takde mood time tu, ulang balik tgk FLIGHT dgn Sully, bila tgh ada mood tgk benda2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya stop je la buat dokumentari psl mh370
mcm doku netflix yg latest ni,bknnya ada benda baru pun nak cite
balik2 dok ulang benda sama mcm dokumentari yg lepas2.nothing new punn. hype je lebih
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam tu baik tgk teori2 mh370 tu kat yt jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
lifeline replied at 16-3-2023 11:41 AM
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....
Berpada2 la. Kalau dgr MAS atau mana-mana airlines merungut tak untung janganla g naik jugak. Pilot tak cukup rehat, maintainance sejimat mungkin, kosmetik dalaman guna soletape je, kira kemungkinan terlepas pandang bakal mengundang bencana tu tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tengok pun dokumentari ni...dah banyak explanation, discussion dekat youtube...benda yang sama jer |
|
|
|
|
|
|
|
semua assumption tak ada yang betul |
|
|
|
|
|
|
|
Jibbbb.. mana ko sembunyi mh370 jibbbb
Demikian kata2 pensokong PH dulu2 kala.. tumpang hasut bila ada isu gempar |
|
|
|
|
|
|
|
teori alam ghaib kata kat hutan/perairan Laos. |
|
|
|
|
|
|
| |
|