CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berat Turun 10 Kg Tapi Perut Buncit- Rupa-Rupanya Hamil Selepas 9 Tahun Menunggu

16-3-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3678| Komen: 7

Description: Julizah Jaafar dan suami berkahwin pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.
Julizah Jaafar dan suami berkahwin pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupannya meskipun tidak dikurniakan cahaya mata kerana dikurniakan rezeki lain.


"Bertahun-tahun kami cuba pelbagai cara (untuk hamil), memang berharap tapi belum ada rezeki. Sampai la ke tahun keenam perkahwinan, saya move on.

"Walaupun ketika itu belum ada rezeki anak, Allah beri rezeki lain seperti ada rumah sendiri. Ada tempat berteduh, hanya menantikan orang baharu (anak)," katanya kepada mStar.


Foto: mStar

Bukan berputus asa, Julizah yang berasal dari Telok Mas, Melaka menjelaskan bahawa dia dan suami pada waktu itu tidak mahu terus berharap dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Menurutnya, antara yang dilakukannya adalah misi mengurangkan berat badannya yang sebelum ini berisi iaitu 70 kilogram (kg) kepada 60kg.


"Badan saya sebelum ini berisi, jadi saya cut pengambilan gula dan berjaya turunkan kepada 60kg selepas setahun. Nampaklah badan semakin mengecil.

"Tapi bulan lepas, perut saya kembung macam buncit. Pelik juga sebab tak gemuk, tapi perut ke depan sampai kawan-kawan tegur," katanya.

Susulan itu, pekerja di sebuah kedai serbaneka ini kemudian 'kembali' melakukan ujian kehamilan meskipun tidak mengalami sebarang simptom hamil.

"Kakak minta saya buat ujian (kehamilan), dia kata tak ada rezeki tak apa, yang penting cuba. Apabila saya positif (hamil), perasaan saya sebak dan gembira sebab sembilan tahun tanpa zuriat sampai tak mengharap.

"Esoknya datang periksa di klinik, doktor beritahu usia kandungan dah 22 minggu (lima bulan). Saya memang terkejut, tahu-tahu mengandung, Alhamdulillah," katanya dengan nada teruja.

Julizah yang dijangka bersalin pada pertengahan Jun depan berkata, hadiah ulang tahun perkahwinannya kali ini amat bermakna kerana dianugerahkan zuriat.

Merasai kegembiraan berganda, wanita ini turut berkongsi nasihat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau 'trying to conceive' (TTC).

"Kena banyak bersabar, jangan stres dan jangan terlalu fikir. Orang luar boleh beri pelbagai pendapat, tapi kita sendiri kena mengikut apa yang mampu.

"Selagi ada rahim, selagi itu kita mampu untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah, suatu hari nanti kita rasa momen itu... seperti yang saya alami sekarang," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 16-3-2023 10:52 AM
Tahu tahu mengandung..tahu tahu beranak tahu tahu mengandung balik
Quote LoveSungmin 16-3-2023 11:14 AM
period as usual ke?
Quote Suchi 16-3-2023 11:19 AM
Sib baik kandungan ok je mana la tau tgk perut buncit disapu losyen panas ka
Penyet2 ngn bengkung ke apa kan
Yelaa sbb dia taktau dia pregnant.
Quote cmf_shya 16-3-2023 11:52 AM
Nie mesti ada mslh pcos..irregular period..selalu ada mslh2 nie yg xsedar pregnnt
Quote vanillaninja 16-3-2023 11:54 AM
Tahniah! Lama tunggu tu.
Quote Chah21 16-3-2023 12:51 PM
cmf_shya replied at 16-3-2023 11:52 AM
Nie mesti ada mslh pcos..irregular period..selalu ada mslh2 nie yg xsedar pregnnt

Tula kwn i pon cmtu la tp dia gugur.. xtaw ngandung taw2 gugur.. period dia cycle 80-90 hari.. klu nk period bulan2 kena mkn perancang pastu dia rasa pserancang tu yg x buatkn dia pregnant dia stop la
Quote noor2 16-3-2023 02:58 PM
Dia x Hamil sb gemok sgt la tu...turun 10kg baru la peknen....aku kalau turun 10kg  mau tinggal tulang rangka je

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042514 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top