CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dokumentari MH370 Dikecam Dedah Panggilan Telefon Penumpang Gagal Dikesan, Fokus Pada Teori Konspirasi

16-3-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3713| Komen: 12

Description: Sebilangan penonton berang apabila dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima ...
Sebilangan penonton berang apabila dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.

Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.


Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.



Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.

Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.

Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.

Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.


Dokumentari Netflix itu turut dikecam kerana lebih menumpukan pada teori konspirasi kehilangan MH370 serta mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.

"Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.

"Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan," tulis beberapa penonton.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-3-2023 11:33 AM
Edited by esbok at 16-3-2023 11:37 AM

Sebagai peminat cerita x-files dan cerita mengarut, sis percaya teori ketiga. Jangan cerca sis, sbb sis da buat disclaimer

Selama rata-rata bacaan, ada banyak sudut pandang. Dari sudut pandang yang psychic, teori ketiga sangat lah melengkapkan puzzle. Tukang buat dokumentari pun mesti sokong teori ketiga
Quote tripleid 16-3-2023 11:38 AM
selagi media dok up cite psl mh370 selagi tu lah org akan  takut nak naik MAS..

so mmg lambat lagi lah Mas nak kembali ke zaman kegemilangan mcm dulu2 selagi org dok bercerita psl tragedi ni
Quote lifeline 16-3-2023 11:41 AM
tripleid replied at 16-3-2023 11:38 AM
selagi media dok up cite psl mh370 selagi tu lah org akan  takut nak naik MAS..

so mmg lambat lagi  ...

kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....
Quote Jamil_Abu 16-3-2023 11:48 AM
frust juga tgk documentary ni smlm kat Netflix. Very cliche and nothing new.
ku mengharapkan atleast ada la hint baru yg boleh hype kat documentary ni.. skali hampeh. ulang2 benda sama je la and tinggalkan persoalan di akhir documentary tu what next which is nothing new.
Quote doridori_hi 16-3-2023 11:53 AM
Aku skip dokumentari ni , separuh ,aku mcm takde mood time tu, ulang balik tgk FLIGHT dgn Sully, bila tgh ada mood tgk benda2 ni
Quote tripleid 16-3-2023 12:12 PM
lifeline replied at 16-3-2023 11:41 AM
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....

patutnya stop je la buat dokumentari psl mh370

mcm doku netflix yg latest ni,bknnya ada benda baru pun nak cite

balik2 dok ulang benda sama mcm dokumentari yg lepas2.nothing new punn. hype je lebih
Quote swateng1 16-3-2023 12:28 PM
kalau macam tu baik tgk teori2 mh370 tu kat yt jerrrr
Quote Lagubestbest 16-3-2023 12:29 PM
lifeline replied at 16-3-2023 11:41 AM
kan sian MAS
tp iols suka sgt2 naik MAS
iols tetap bersama MAS....

Berpada2 la. Kalau dgr MAS atau mana-mana airlines merungut tak untung janganla g naik jugak. Pilot tak cukup rehat, maintainance sejimat mungkin, kosmetik dalaman guna soletape je, kira kemungkinan terlepas pandang bakal mengundang bencana tu tinggi.
Quote Far 16-3-2023 01:41 PM
tak tengok pun dokumentari ni...dah banyak explanation, discussion dekat youtube...benda yang sama jer
Quote venom1 16-3-2023 01:59 PM
semua assumption tak ada yang betul
Quote kemaruk 16-3-2023 02:04 PM
Jibbbb.. mana ko sembunyi mh370 jibbbb

Demikian kata2 pensokong PH dulu2 kala.. tumpang hasut bila ada isu gempar
Quote pokokmeranti 16-3-2023 04:11 PM
teori alam ghaib kata kat hutan/perairan Laos.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.658597 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top