CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Johor: Malang Nasib Ibu Bapa- Buku Anak Rosak Teruk, Duit Yuran Sekolah Pula Dihanyutkan Banjir

16-3-2023 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2923| Komen: 0

Description: SEGAMAT – Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula Ahad ini, mangsa banjir di daerah ini sedih dan sayu apabila memikirkan peralatan sekolah anak-anak musnah dalam bencana dua minggu ...
SEGAMAT – Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula Ahad ini, mangsa banjir di daerah ini sedih dan sayu apabila memikirkan peralatan sekolah anak-anak musnah dalam bencana dua minggu lalu.


Rata-rata ibu bapa yang terjejas ditemui melahirkan rasa sedih, namun reda dengan ketentuan bencana alam yang menimpa di negeri itu.

Ainul Azliany Ismail, 37, berkata, sejurus cuti persekolahan bermula dia dan suami membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan sekolah empat anak mereka kerana tidak mahu membuat persiapan saat akhir.


Foto: kosmo

Katanya, lebih-lebih lagi apabila sesi persekolahan yang akan bermula 19 Mac ini tidak jauh dengan tempoh umat Islam me­nyambut Ramadan serta Aidilfitri dan memaksanya untuk mengatur perbelanjaan.

Lebih memeritkan apabila bukan sahaja kelengkapan sekolah, malahan duit yuran sekolah empat anak berusia 10 hingga 16 tahun yang telah diasingkan turut hanyut dibawa arus banjir susulan kediamannya dimasuki air sehingga mencecah paras bumbung.


“Saya telah atur (perbelanjaan) yang mana saya keluar belanja untuk sekolah dahulu kemudian kita pun nak sambut Ramadan dan Aidilfitri kan, jadi itu sebabnya saya buat persiapan membeli barang anak-anak lebih awal.

“Tetapi disebabkan bencana banjir ini, barang sekolah yang dah dibeli bukan kata 90 peratus rosak, malahan 100 peratus tidak boleh digunakan kerana semua tenggelam walaupun saya dah cuba simpan di ruangan yang pa­ling tinggi,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa Baru, Chaah di sini.

Sementara itu, seorang bapa hanya mampu reda selepas barangan kelengkapan persekolahan anak-anaknya yang baru sahaja dibeli tidak sempat di­selamatkan selepas ia turut musnah dalam kejadian banjir.

Shukor Yahya, 59, berkata, kejadian banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah hidup keluarganya apabila kediamannya di Kampung Jawa, Panchor di sini, dinaiki air dengan begitu cepat.

“Masa itu dah tak fikir benda lain, yang kami tahu peti ais kena letak di tempat tinggi, televi­syen pun kena ubah tempatnya, sampai terlupa nak selamatkan kelengkapan sekolah anak pula,” katanya hiba. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.276775 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top