Oleh : Fyruz Hanna
Biasa kita dengar gaji ke-13 merupakan tambahan wang yang diberikan kepada pekerja selain gaji. Bonus boleh jua dikira sebagai peruntukkan hadiah kepada pekerjaan yang dilakukan dan biasanya pembayaran bonus adalah mengambilkira pelbagai aspek keuntungan, kesan jangka masa panjang dan sebagainya.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Jobstreet, pekerja akan lebih setia sekiranya dibayar bonus. Jom kita kenal antara jenis bonus yang biasa diterima oleh pekerja adalah: 1. Bonus Retensi 2. Bonus Tahunan 3. Bonus Akhir Tahun Kali ini, penulis terpanggil untuk membicarakan bonus retensi. Apakah itu bonus retensi? Bonus retensi adalah bonus untuk pembayaran insentif bagi menegah pekerja untuk meninggalkan syarikat. Lebih spesifik lagi, ia untuk mendidik pekerja menjadi lebih setia kepada syarikat. cara bayaran bonus ini juga berperingkat mengikut pada penyelarasan keuntungan sesebuah syarikat. Dalam sesetengah keadaan, sedikit porsi bonus dipegang oleh syarikat untuk beberapa tahun, kaedah psikologi terbalik ini bertujuan untuk menanamkan semangat setia kepada syarikat yang mana beranggapan syarikat memegang sedikit bahagian yang patut diterima oleh pekerja. Namun sejauh manakah ianya benar-benar menyebabkan pekerja setia dengan sesebuah syarikat? 5 Sebab Bonus Retensi Tak Berkesan...... 1. Tiada bukti bahawa bonus ini berkesan Setelah dikaji oleh pengkaji di US, Didapati tiada satu syarikat yang mengamalkan retensi bonus ini berjaya membuatkan pekerja berasa gembira. Malah kaedah ini akan membuatkan pekerja berakhir dengan perasaan kecewa selepas 6 bulan. 2. Rentensi Bonus akan mengekalkan pekerja yang bagus sahaja? Ternyata, pekerja yang bagus dan terdedah dengan ilmu sumber manusia akan meninggalkan syarikat dengan lebih cepat kerana mereka akan berasa kurang yakin dengan syarikat dan masa depan syarikat. Dengan kaedah retensi bonus yang diterima, ia membuatkan pekerja berfikir keadaan syarikat dalam frasa tidak stabil dan terumbang-ambing. Ini akan mempercepatkan lagi pekerja meninggalkan sesebuah syarikat. 3. Wang bukanlah segala-gala penyebab pekerja berniat meninggalkan syarikat Berpuluh kajian yang dijalankan sebelum ini mengapa pekerja meninggalkan sebuah syarikat dan ternyata wang bukan penyebab utama, antara sebab utama adalah: - Pengurusan yang buruk -tiada peningkatan dalam kerjaya - perasaan digunakan 4. Pekerja yang tinggal tidak akan lebih produktif kerana mereka 'kekal' hanya kerana wang Tiada insentif lain yang akan membuatkan pekerja teruja untuk melakukan kerja dengan lebih produktif, mereka akan melakukan kerja pada paras minimum. 5. Lambakan pekerja yang tidak bagus Pekerja yang kurang cekap, kurang prestasi, malas dan mempunyai skil terkebelakang yang menghairankan akan setia dengan syarikat dan mengharapkan bonus retensi ini. Apabila ramai pekerja sebegini, sebenarnya memberi gambaran kepada syarikat yang tidak cekap dalam mengambil pekerja yang berkualiti. -CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. sumber: eremedia, wikipedia, gajimu.com |
12
Bagus |
11
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Munah_sporty:   cdn.meme.am/instances/500x/58342538.jpg
artcrime replied at 29-9-2015 08:57 PM
aku terbaca.. ayat blakang tu..
"Autism in... GAMBAR KAK PINK"
Star_el replied at 30-9-2015 10:37 AM
bonus retensi tu apa senanya?tak faham
MarcusMok replied at 30-9-2015 10:33 AM
you all pilih mana? bonus or increment gaji?
bontotiku replied at 30-9-2015 11:18 AM
jarang la syarikat mesia ni yang aku tau guna cara ni.. kawan aku kje singapore ade la. tp pangkat d ...
ADVERTISEMENT