Krisis rumah tangga yang melanda pelakon Hafidz Roshdi, 29. sejak sebulan lalu nampaknya semakin hangat diperkatakan sehingga hari ini. Selepas tersebarnya kes curang dan juga menceraikan isterinya melalui panggilan telefon, minggu lalu netizen dikejutkan lagi mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menerima 10 jahitan. Memetik RotiKaya, susulan tindakannya itu, rata-rata netizen berang dengan pelakon tersebut apatah lagi mencederakan ibu kepada kedua-dua anaknya. Sementara itu, menerusi komen di Instagram Melodi yang memuat naik video temu bual bersama Shuhada pada Ahad lalu, netizen meluahkan rasa marah serta meminta pelakon itu diboikot.
|
ADVERTISEMENT