PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan terbaharu itu adalah hasil usahasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Menurutnya, kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. “Ia mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal supaya menabung demi masa depan persaraan mereka. “Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.
“Seterusnya, isteri juga memperoleh akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini. i-Sayang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini. Katanya lagi, lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan. “Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. “Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP atau di mana-mana cawangan seluruh negara. “Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000,” jelasnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Cokoro replied at 8-3-2023 06:24 PM
Apa beza i sayang dgn i suri
“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.
cap_ayam replied at 8-3-2023 03:18 PM
Kalau tak salah time kak wan jadi tpm dulu dah ada cadangan ni. Thank you gomen
DARSITA replied at 9-3-2023 08:25 AM
Thank you gomen?
Bukan compulsory kan? Tergantung kpd si suami nak carum or not.
ina_na replied at 9-3-2023 03:06 AM
Teringin gak nk tgk reaksi suami2 sokong x ni..tahun2 sblm ni kecam nak mampus..sekali tgk ramai yg ...
capiloton replied at 9-3-2023 03:48 AM
elok la di wajib kan.
mana yg fulltime housewife tu, kasi up to 4-5%
cap_ayam replied at 8-3-2023 04:30 PM
Buat masa sekarang ni memanglah bergantung kepada suami dan bukan compulsary.. tapi jalannya dah d ...
xy_daen replied at 8-3-2023 04:37 PM
2% daripada caruman bulanan? Sikit sangat tu. Kalau sebulan jumlah caruman RM1000 baru RM20 sebulan ...
DARSITA replied at 9-3-2023 08:56 AM
Jap jap ya ... kalau wife make more money dari suami you ingat suami still nak carumkan tak?
cmf_premierleag replied at 9-3-2023 08:30 AM
Bodohnyaa diorg ni kan
Ada certain laki, mmg paksa wife resign n jd surirumah ..so sah2 la wife tu ...
ADVERTISEMENT