CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7828|Reply: 29

KWSP i-Sayang Bantu Suami Carum Dua Peratus Buat Isteri

[Copy link]
Post time 8-3-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan terbaharu itu adalah hasil usahasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Menurutnya, kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.


Gambar Hiasan




“Ia mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal supaya menabung demi masa depan persaraan mereka.


“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.


“Seterusnya, isteri juga memperoleh akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.


i-Sayang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.


Katanya lagi, lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.


“Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.


“Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP atau di mana-mana cawangan seluruh negara.


“Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000,” jelasnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza i sayang dgn i suri
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cokoro replied at 8-3-2023 06:24 PM
Apa beza i sayang dgn i suri

Untuk 2 bini kot supaya tak berebut...haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam bodo dorg ni. Benda sama tapi rebrand balik sbb kerajaan baru ke??
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 9-3-2023 03:09 AM

Teringin gak nk tgk reaksi suami2 sokong x ni..tahun2 sblm ni kecam nak mampus..sekali tgk ramai yg kecam tu penjawat awam..dlm list FB aku ramai tukang kecam cikgu2.. dah knp korang kecam..korang suami isteri cikgu,ambik pencen nk kecam org yg keje swasta ni..ade baik nye..ade la wife yg suri rumah ade saving dlm kwsp skt Kan..nanti nk pencen merasa la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 03:48 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 9-3-2023 04:00 AM
“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.


elok la di wajib kan.

mana yg fulltime housewife tu, kasi up to 4-5%

boleh sangat nak bagi,
ada company tambah epf dari majikan 17%, total jadi 28%

nak bagi 5% kat bini sendiri pun kedekut. pui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk full time housewife je ke? Kalau isteri bekerja xblh ke? Dpt pelepasan tax tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ke simpan kwsp ni?
Mana lagi bagus 2% kwsp ke ASB?

Laki keje oberse boleh carumkan utk Bini tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak salah time kak wan jadi tpm dulu dah ada cadangan ni. Thank you gomen  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:25 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 8-3-2023 03:18 PM
Kalau tak salah time kak wan jadi tpm dulu dah ada cadangan ni. Thank you gomen


Thank you gomen?

Bukan compulsory kan? Tergantung kpd si suami nak carum or not.

Suami yang tak carum boleh kita chop tak sayang wifey

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 9-3-2023 08:25 AM
Thank you gomen?

Bukan compulsory kan? Tergantung kpd si suami nak carum or not.

Buat masa sekarang ni memanglah bergantung kepada suami dan bukan compulsary.. tapi jalannya dah dibuka.. ada sinar tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 9-3-2023 03:06 AM
Teringin gak nk tgk reaksi suami2 sokong x ni..tahun2 sblm ni kecam nak mampus..sekali tgk ramai yg  ...

Bodohnyaa diorg ni kan
Ada certain laki, mmg paksa wife resign n jd surirumah ..so sah2 la wife tu takde income n retirement fund etc
Pastu bila kwsp bagi mencarum 2% je pun utk bini, depa kemain memekakkk..padahal in d first place kau yg suruh dia resign
Yg lg bodoh,tu dlm stok2 FB mcm ko ckp la..yg duk komen sana sini tu lak keje gomen,cikgu2...malas nk ckp lelebih..sume tahu la betapa hauknya depa sume ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 9-3-2023 03:48 AM
elok la di wajib kan.

mana yg fulltime housewife tu, kasi up to 4-5%

Aku sokong je kalo wajib
Kejadahnya dgn bini2 sendiri pun nak kedekut
Tp dgn skandal2 kemain murah hati lak
Kalo stakat 2% pun kedekut, better suami tu pi mati je la..bleh gak bini tu pi cari keje n earn her own income n kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
2% daripada caruman bulanan? Sikit sangat tu. Kalau sebulan jumlah caruman RM1000 baru RM20 sebulan caruman bini. Tu pun ada laki nak bising?

Patut buat 2% daripada gaji bukan jumlah caruman bulanan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:56 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 8-3-2023 04:30 PM
Buat masa sekarang ni memanglah bergantung kepada suami dan bukan compulsary.. tapi jalannya dah d ...



Jap jap ya ... kalau wife make more money dari suami you ingat suami still nak carumkan tak?



Satu lagi soalan kalau wife full-time hse wife macamana suami nak carumkan this 2%? sorry .. aii mmg tak tau sgt pasal KWSP ni.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:59 AM | Show all posts
xy_daen replied at 8-3-2023 04:37 PM
2% daripada caruman bulanan? Sikit sangat tu. Kalau sebulan jumlah caruman RM1000 baru RM20 sebulan  ...


2% duit caruman + duit belanja tiap bulanan.

Wehh husband dah sediakan rumah (free) makan minum (free) api air (free) rawatan kesihatan (free) makan pakai (free) .. lagi nak more? weyyy wife kena la belajar kadarkan diri.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 09:04 AM | Show all posts
i-suri tu pun produk zaman PH 22 bulan dulu.. kalo nak harap gomen Abahcow  ummah bakal merempat bwh jambatan bila dah tua sbb time muda dah kluar duit i-sinar,i-lestari lancau bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:16 AM | Show all posts
Correct percentage is 10% - 15%not 2%. Tapi hanya caruman utk Acc 1 shj.
Bukan total caruman.
My money is your money, your money is your money only.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 9-3-2023 08:56 AM
Jap jap ya ... kalau wife make more money dari suami you ingat suami still nak carumkan tak?



I-sayang ni untuk surirumah dan perlu ada akaun dengan kwsp. Untuk ada akaun kwsp ni sesapa pun boleh buka walaupun takde majikan. Dalam konteks i-sayang ni, tak kisah sapa yang make more money antara suami isteri tapi konsepnya adalah suami yang bekerja tetap ingin menyumbang simpanan dalam akaun kwsp isteri yang tiada pekerjaan tetap. Begitulah lebih kurang pemahaman saya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 9-3-2023 10:51 AM
cmf_premierleag replied at 9-3-2023 08:30 AM
Bodohnyaa diorg ni kan
Ada certain laki, mmg paksa wife resign n jd surirumah ..so sah2 la wife tu ...


Btl .ade yg kn paksa berhenti atas alasan anta anak ke nursery LG mahaii dr gaji isteri..sape srh beranak ramai2 Kan..lps tu bl nk srh suami bayo kwsp isteri meroyan..ehhh  isteri dpt kot duit Tu.. Lg satu patut wajipkan je kat semua pekerja swasta.. wife 2 pekerja swasta langsung X terbela kalo suami meninggal,suami kawin lain..lps ni kalo suami gatai nak kawin banyak..banyak la kwsp dia kn bayo bulan2.. trs link Kan je dgn no ic Kan..sape nikah sempadan x register melepas la .ms awal kawin x kisah la Kan Bab duit ni..dah beranak pinak,dah hilang kentut berbau perfume..ms tu br tau bgs ade kwsp dr caruman suami..LG banyak lg bgs..cer bt Kalo terjadi penceraian boleh keluarkan tuk ibu tunggal mulakan hidup baru Kan.. X la terabai..Salah satu ikhtiar Kan..tp yg bongok yg meroyan x setuju ramai penjawat awam,cikgu cikgi..korang dah knp Kan..X de kene mengena gan korang..yg nk meroyan tu dah knp
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.716920 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list