CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Dua Adik-Beradik Usia 9 Tahun Dan 8 Tahun Lemas Di Kolam Renang Ipoh

27-2-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4234| Komen: 32

POH – Dua kanak-kanak ditemui mati lemas dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di sini semalam.

Difahamkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun, datang untuk mandi-manda di kolam renang itu bersama bapa dan abang mereka.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 6.10 petang, semalam dan siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa telah lemas ketika berenang.


Gambar Hiasan

“Dua beradik berasal dari Ipoh itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Hasil bedah siasat ke atas mayat kedua-dua mangsa mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabaikan dan mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. -CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 27-2-2023 03:02 PM
budak2 memang tak boleh di biarkan mandi bersendirian...our malaysian adults ni bodoh ke ape?
Quote vanillaninja 27-2-2023 03:13 PM
Kata pergi swimming dengan bapa dan abang, theyols ni dekat mana masa budak2 ni lemas?
Quote Mimo.mimo 27-2-2023 03:14 PM
Taksayang anak kee
Quote Burong_Hantuk 27-2-2023 03:17 PM
bila dah hilang anak,,,baru menyesal x sudah...cuai  tu satu pilihan
Quote laradelara 27-2-2023 03:17 PM
Siannya... Mana lah parents tu? Budak2 mandi, org tua kena perhati..jgn over jimba
Quote Samerosie 27-2-2023 03:18 PM
Aduh apa pa si bapa buat.  Yg abang tu pun mungkin still budak2 lagi nak diharapkan.
Quote noor2 27-2-2023 03:18 PM
Mesti budak2 ni bapa depa lepas kat wading pool mcm tu je...lepas tu depa teringin nk pi tempat bapa mereka...mesti adik umur 8 tahun tu terjatuh lemas si kakak cuba nk selamatkan....
Quote Thunderclouds 27-2-2023 03:57 PM
Tu kadang² aku kureng sikit nk lepas ank² ngn laki.
Walau pn bapak, itu ank² dari benih depa, depa ni xmcm kita mak² if u know what i mean.
Bukan semua. Sesetgh gitu la.
Nama pn budak²,xboleh tlepas pandang.
Salam takziah.
Quote manehnya 27-2-2023 04:03 PM
kalau p pool, tlg la bekalkan anak tu dgn swimming vest/ pelampong tgn/ pelampong donut, adult pnya swimming kan dalam sikit, umor2 budak sekolah rendah ni mmg hapus la kalau mandi, tanpa pengawasan org dewasa, pulak... allah, benda boleh elak, tp dah tertulis...
Quote lightheaded67 27-2-2023 04:11 PM
Edited by lightheaded67 at 27-2-2023 04:12 PM

eh nape ek bila bcuti mak pak mcm turun depa punya guard dekat budak2. mmgla kena chill sbb tgah bcuti, tp safety anak dan diri sndiri tak kira masa lah kena alert. kita pernah nk check out, tggu lif, pastu dlm lif dnga budak meraung mcm kena torture, pastu tinggggg pintu lif tbukak, terus budak tu lari kt kitorg laki bini, dia naik lif sorg je weh baya 3 4 tahun gitu. kau rasa? kalau aku, aku rasa mcm trtinggal dlm lif kot mak pak main henpon pastu tak sempat budak tu kluar pintu lif tutup dan jalan. huhu so kitorg bawak budak tu g lobi, , lepak jap tggu, bru lah mak pak eh cari kat lobi. ade brader tu emo je hangen sembang dgn laki kita, mcm mana leh tggal anak kecik sorg2 dlm lif.. entah la braderrrr
eh kejap, celoteh pulak, utk tidak ot takziah kpd keluarga.. huhu
Quote alieyrina 27-2-2023 04:16 PM
Cuti sekolah ni macam2 tragedi boleh jadi. Kena hati2 lebih sikit
Quote hareeeesah 27-2-2023 04:17 PM
Thunderclouds: Tu kadang² aku kureng sikit n ...


Nk high 5 sket. Laki iols slalu xpuas hati sbb iols xbg dia nk bwk ank-ank ke beach or pool dulu. Anak consider kecik la kn below 10 semua, xreti swim plak tu walaupun ada armfloat. Alert mak & bapak lain.! Heheh..
Quote chimotmomot 27-2-2023 04:19 PM
Bab bapak tu aku setuju, ada kes budak umur 5 tahun lemas.. Bapak depan swimming pool je tp sibuk tengok tepon sampai tak sedar anak lemas..

Tapi apa2 pun kita kena percaya, nie semua asbab kematian.. Orang boleh kata macam2 tp yang menangung nya lebih terseksa
Quote prettyuglybabe 27-2-2023 04:23 PM
elok la tuhan amik sekali gus..
ada la modal mak bapak nak ratib anak syurga..
sapa tak nak tiket express masuk syurga
Quote Orenn1 27-2-2023 04:33 PM
Dakwa parents, rampas anak lain
Quote kuzaime 27-2-2023 04:42 PM
Hari ni dah 2 kes kematian babitkan budak2 yg aku baca. 1 kes lemas ni & 1 lagi terjatuh dr tingkat belas2 bilik hotel
Quote cmf_premierleag 27-2-2023 05:12 PM
Ni mesti stok2 bapak dan abang yg jenis outsource kat org lain utk tengokkan anak tu
Sbb diorg sendiri malas nk tgk
Sbb bukan diorg yg susah2 kene preknen 9 bln carry anak tu dlm perut
Org lain nak swimming pun x senang sbb ada budak kecik lain tanpa pengawasan penjaga
Kalo jadi apa2 kang, org lain lak dipersalahkan
Gitu la bapak2 lahanat punya perangai
Quote miszclassique 27-2-2023 05:46 PM
Edited by miszclassique at 27-2-2023 05:47 PM
prettyuglybabe replied at 27-2-2023 04:23 PM
elok la tuhan amik sekali gus..
ada la modal mak bapak nak ratib anak syurga..
sapa tak nak tiket ex ...


Bangsa cina uols
Mana boleh makpak dia masuk syurga, gituh i judge dorang

FB_IMG_1677491187218.jpg FB_IMG_1677491193100.jpg
Quote faraway1 27-2-2023 06:41 PM
Tak faham camana parents boleh buat tak tahu aje.. Nak nak jika tahu anak dorang tak reti berenang..

My daughter yang handal berenang dalam pool dewasa pun me pandang cam burung helang,

Sebab Malang tak berbau...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070772 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top