CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 14 Hotel Di Jalan Karamunsing

27-2-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1132| Komen: 3

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat lima di sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini.


Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini. -Foto IHSAN BOMBA


Kosmo! Online melaporkan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi sebelum mengerah sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa kanak-kanak ditemukan di beranda tingkat empat bangunan hotel. Pasukan bomba bertugas kemudiannya menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Difahamkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 27-2-2023 11:47 AM
hotel mana ni.. allah... msti stay cuti skolah ni.. nk hepi2 jd mcm ni.. siannya anak... n parent smoga tabah hadapi ujian

Quote Adrif 27-2-2023 03:05 PM
Ya Allah, innalillahiwainnailaihirojiun.. seriaunya.. takziah kepada keluarga
Quote Burong_Hantuk 27-2-2023 03:22 PM
klu islam...al fatihah...non muslim,takziah...rest in peace

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063412 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top