Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat lima di sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini.
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini. -Foto IHSAN BOMBA
Kosmo! Online melaporkan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi sebelum mengerah sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa kanak-kanak ditemukan di beranda tingkat empat bangunan hotel. Pasukan bomba bertugas kemudiannya menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Difahamkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - CARI |