ALOR SETAR – Pokok tekoma atau lebih dikenali dengan nama sakura kembali menghiasi hampir kebanyakan jalan-jalan utama di bandar raya ini dengan warna-warni memukau. Tinjauan di sekitar bandar raya ini terutama di Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra, Mergong dan Jalan Langgar di sini mendapati, pokok sakura semakin mekar dan menguntum indah dengan warna merah jambu dan putih.
Pokok dengan nama saintifiknya tabebuia pentapphylla itu mula mekar sejak awal Februari lalu hingga Mac ini berjaya menarik perhatian pengguna yang melalui jalan tersebut untuk merakam gambar kenangan. Pelajar warga asing, Rahmatul Husna Rahmet, 21, dari Indonesia berkata, fenomena Sakura Kedah itu sangat mengujakannya seolah-olah mereka sedang berada di Jepun. “Saya sendiri tidak tahu ada pokok secantik ini di Alor Setar kerana saya baru tiba di Malaysia hujung tahun lepas. Ya Allah, indah sekali. Di Indonesia, tidak ada seperti ini.
“Saya dan teman-teman selalu berbasikal waktu petang ke kawasan ini. Ambil gambar dan hantar kepada keluarga, mereka sama sekali tidak percaya saya berada di Alor Setar,” kata gadis berasal dari Sumatera Barat ini. Rakannya yang ingin dikenali sebagai Rini, 21, dari Vietnam juga memberitahu, keindahan suasana ketika pokok tekoma itu menguntum sangat mempersonakan. “Kalau melalui pokok tekoma ini pasti mahu bergambar di bawahnya kerana sangat cantik,” ujarnya. Difahamkan, terdapat hampir 3,000 pokok tekoma ditanam di seluruh bandar raya ini termasuk di Taman Jubli Emas dan kawasan perumahan sekitar. Pokok tekoma mula ditanam Majlis Bandar Raya Alor Setar di tepi jalan kira-kira 20 tahun lepas sebagai teduhan. -CARI Sumber: Kosmo
|
DARSITA replied at 27-2-2023 11:03 AM
Tanam la pokok ini di satu taman khas yang luas dua tiga ekar - boleh jadikan pusat pelancungan. Ta ...
totokreturn. replied at 27-2-2023 03:20 AM
nampak cantik bila bunga kat atas je, bila dia luruh satu ke hal pulak nak bersihkan, tu tak masuk l ...
ADVERTISEMENT