CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 12

Musim Sakura Di Alor Setar, Tak Payah Pegi Jepun

[Copy link]
Post time 27-2-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Pokok tekoma atau lebih dikenali dengan nama sakura kembali menghiasi hampir kebanyakan jalan-jalan utama di bandar raya ini dengan warna-warni memukau.


Tinjauan di sekitar bandar raya ini terutama di Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra, Mergong dan Jalan Langgar di sini mendapati, pokok sakura semakin mekar dan menguntum indah dengan warna merah jambu dan putih.


Pokok dengan nama saintifiknya tabebuia pentapphylla itu mula mekar sejak awal Februari lalu hingga Mac ini berjaya menarik perhatian pengguna yang melalui jalan tersebut untuk me­rakam gambar kenangan.




Foto: kosmo




Pelajar warga asing, Rahmatul Husna Rahmet, 21, dari Indonesia berkata, fenomena Sakura Kedah itu sangat mengujakannya se­olah-olah mereka sedang berada di Jepun.


“Saya sendiri tidak tahu ada pokok secantik ini di Alor Setar kerana saya baru tiba di Malaysia hujung tahun lepas. Ya Allah, indah sekali. Di Indonesia, tidak ada seperti ini.


“Saya dan teman-teman selalu berbasikal waktu petang ke kawasan ini. Ambil gambar dan hantar kepada keluarga, mereka sama sekali tidak percaya saya berada di Alor Setar,” kata gadis berasal dari Sumatera Barat ini.




Foto: kosmo







Rakannya yang ingin dikenali sebagai Rini, 21, dari Vietnam juga memberitahu, keindahan suasana ketika pokok tekoma itu menguntum sangat mempersonakan.


“Kalau melalui pokok tekoma ini pasti mahu bergambar di bawahnya kerana sangat cantik,” ujarnya.




Foto: kosmo











Difahamkan, terdapat hampir 3,000 pokok tekoma ditanam di seluruh bandar raya ini terma­suk di Taman Jubli Emas dan kawasan perumahan sekitar.


Pokok tekoma mula ditanam Majlis Bandar Raya Alor Setar di tepi jalan kira-kira 20 tahun lepas sebagai teduhan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 11:03 AM | Show all posts

Tanam la pokok ini di satu taman khas yang luas dua tiga ekar - boleh jadikan pusat pelancungan. Tanam berwarna warni.

Sanusi hang jangan malas naaa ~
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:31 AM | Show all posts
cantikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:37 AM | Show all posts
cantik sgt
teringat masa study dulu kat sana
ada warna pink warna puitih
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:18 PM | Show all posts
pala pala sakula.. teringat sonata musim salju
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:38 PM | Show all posts
DARSITA replied at 27-2-2023 11:03 AM
Tanam la pokok ini di satu taman khas yang luas dua tiga ekar - boleh jadikan pusat pelancungan. Ta ...

kat shah alam dah ada taman jepun
cer try usha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 05:47 PM | Show all posts
Antara thread wajib ulang tayang setiap tahun - winter di Gue Muse, spring di Sentul dan Aloq Staq

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah pi loq staq n jepun haih
Dlm taman mak pon ada [em:3:]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok ni kat mana2 pon dah ada, masa musim dia berbunga mmg berbunga cntik. Kt selangor dah ada, perak dah ada, n9, sarawak pon ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat perlis ada taman sakura
Masa musim bunga mmg meriahla taman tu penuh bunga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 07:20 PM | Show all posts
nampak cantik bila bunga kat atas je, bila dia luruh satu ke hal pulak nak bersihkan, tu tak masuk lagi bab debu hama dari bunga ni bila dah gugur kat jalan

baik tanam pokok durian lagi bagus la
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 10:39 AM | Show all posts
sempat la enjoy sekejap waktu study sana dulu

cantik, sebab sepanjang jalan ada pokok tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 02:34 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 27-2-2023 03:20 AM
nampak cantik bila bunga kat atas je, bila dia luruh satu ke hal pulak nak bersihkan, tu tak masuk l ...



Betul .. lagi teruk kalau hujan lebat tak lebat turun .. mmg kotor jalan. Tapi kalau ada road sweaper tak ada masalah :-)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.079298 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list