Beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai satu video yang dimuat naik oleh Pelawak, Ali Puteh yang mendakwa kakak iparnya, Norhidayah Mohd Ali telah menabur garam, daun bidara dan bangkai mengkarung dihadapan kediaman Allahyarham Abam di Gombak. Disebabkan itu, beberapa pengamal perubatan Islam terpanggil untuk membuat penelitian dan memberi pendapat berhubung dakwaan Ali Puteh.
Perkara itu telah membuatkan Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, tampil membuat video live di TikTok bersama dua pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa dan Shafiq Mujahid. Katanya dia tidak mempunyai niat memuat naik rakaman berkenaan sebaliknya bertindak selepas kakak iparnya memulakan perkara tersebut. Kata Ali, dakwaan kononnya mereka tidak menyambut kedatangannya adalah tidak benar kerana ketika itu tiada siapa berada di rumah. "Saya tidak berniat nak muat naik video tersebut, pihak sana yang memulakan video fitnah itu dahulu di TikTok yang menyatakan tiada orang di rumah, duduk sejam depan rumah dan tidak diberi masuk, Saya tidak duduk situ, adik saya yang duduk situ Tok. "Belakang rumah Abam itu rumah kakak saya, semalam hari Jumaat orang tiada di rumah orang kerja. Datang pula tak beritahu, kalau datang hari minggu tentu kami ada rumah' jelas Ali. Ali memberitahu dia telah menjaga rumah Allahyarham Abam dengan baik sekali gus mempertikai tindakan Hidayah yang tidak pernah bertanya tentang utiliti rumah berkenaan. "Selepas itu kata di TikTok rumah lusuh..arwah Abam dah tiga tahun meninggal. Kalau rumah itu tidak berjaga dah tutup sawang satu rumah. "Rumput di situ kami potong tiap-tiap bulan, Ada dia tanya bil api ke bil air sepanjang tiga tahun kita jagakan rumah ini. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa ini," ujarnya. Bagaimanapun penjelasan tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata berpendapat Ali memutar belit cerita. Malah ramai mempersoalkan tindakan Ali yang menyuruh Hidaya membayar bil utiliti kediaman tersebut sedangkan balu Allahyarham tidak duduk disitu. "Orang lain yang tinggal sana, Hidayah pula yang disuruh bayar bil Bijak sungguh Ali ini" "Ali dah habis cerita ke? Putarlah selagi boleh Ali.Bertaubatlah Ali! Aku pun jahat juga tapi tak adalah nak makan harta anak yatim macam kau," antara komen netizen. Loading FB Post... Terdahulu, Ali Puteh memberitahu akan menjelaskan bayaran saman RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran. - CARI |
lightheaded67 replied at 12-2-2023 01:57 PM
ater dh komer duduk kena la bayo api ayor utiliti nye kiah oiiii kalau tak komer juga takleh nk cebo ...
ADVERTISEMENT