Penghuni sebuah unit di flat kos rendah dilihat telah mengubah suai kediamannya menjadi lebih besar sehingga berani mendirikan pagar di sekeliling kawasan rumah. Menerusi hantaran di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini, perkongsian keadaan rumah tersebut telah mendapat kecaman hebat orang ramai, dan rata-ratanya menyifatkan ia sebagai ‘banglo 5 tingkat’.
“Tahu la dapat unit bawah sekali, tapi jangan la ubah suai ikut suka hati, salah ini, sekali tengok macam banglo lima tingkat rumah kau sahaja,” kata Khairul. “Pihak berkuasa tak robohkan ka? Melampau betul siap ada pintu pagar lawa, kalau dah duduk rumah flat, buat macam penghuni flat, jangan susahkan penghuni lain. Nak mewah buat bahagian dalam rumah sudah, nak besar, kumpul duit pindah,” pesan Ahmad Shahim. “Selalunya rumah macam ini rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), alasan sebagai tempat mesyuarat, jadi kena besar untuk berkumpul ramai, padahal kepentingan sendiri,” dakwa seorang pengguna lain.
Bagaimanapun, lokasi flat tersebut masih belum diketahui. -CARI Sumber: Kosmo
|
sharlenetexas replied at 3-2-2023 04:40 PM
Yang putih tu salur najis ke?
ninja boy replied at 3-2-2023 05:35 PM
Patut buat concrete roof boleh tingkat 2 dpt balconi besar, boleh bubuh swimming pool roof garden
rikiruj replied at 3-2-2023 05:41 PM
PBT la salah.. patut awal2 dari letak kon tempat parking tu dah kena ambik tindakan.. bila dah melar ...
ADVERTISEMENT