Penghuni sebuah unit di flat kos rendah dilihat telah mengubah suai kediamannya menjadi lebih besar sehingga berani mendirikan pagar di sekeliling kawasan rumah.
Menerusi hantaran di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini, perkongsian keadaan rumah tersebut telah mendapat kecaman hebat orang ramai, dan rata-ratanya menyifatkan ia sebagai ‘banglo 5 tingkat’.
Foto: FB
“Tahu la dapat unit bawah sekali, tapi jangan la ubah suai ikut suka hati, salah ini, sekali tengok macam banglo lima tingkat rumah kau sahaja,” kata Khairul.
“Pihak berkuasa tak robohkan ka? Melampau betul siap ada pintu pagar lawa, kalau dah duduk rumah flat, buat macam penghuni flat, jangan susahkan penghuni lain. Nak mewah buat bahagian dalam rumah sudah, nak besar, kumpul duit pindah,” pesan Ahmad Shahim.
“Selalunya rumah macam ini rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), alasan sebagai tempat mesyuarat, jadi kena besar untuk berkumpul ramai, padahal kepentingan sendiri,” dakwa seorang pengguna lain.
Bagaimanapun, lokasi flat tersebut masih belum diketahui. -CARI
PBT la salah.. patut awal2 dari letak kon tempat parking tu dah kena ambik tindakan.. bila dah melarat macam ni, orang tu dah spend berpuluh ribu baru nak ambik tindakan akan ada macm2 kemudaratan la..
Post time 3-2-2023 06:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pbt kt malaysia ni mmg kene viral dulu baru nampak org flat renovate sampai mcm tu. org tu mesti dh lame reno gitu. bkn baru lg. dlm tu makan gaji je kot. ujong bulan kutip gaji. keje pantau memantau ni bkn keje dorg.