CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hashimah Ditangkap Lebih 20 Kali Sebab Digelar Rakyat Tanpa Negara, Tak Tahu Siapa Ibu Bapa Sebab Dah Ditinggalkan Sejak Bayi

3-2-2023 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3301| Komen: 40

Description: PUTRAJAYA – “Saya pernah ditangkap polis dan imigresen lebih 20 kali malah pernah merasa tidur di lokap selama tiga hari,” kata Hashimah, 40.
PUTRAJAYA – “Saya pernah ditangkap polis dan imigresen lebih 20 kali malah pernah merasa tidur di lokap selama tiga hari,” kata Hashimah, 40.

Hashimah, wanita tanpa kerakyatan sejak 40 tahun lalu kini diiktiraf sebagai warganegara Malaysia selepas haknya mendapatkan kerakyatan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November tahun lalu.


Dia yang ditemui di Lobi Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini berkata, pengalaman ditangkap penguat kuasa adalah antara kesukaran dihadapinya sepanjang bergelar ‘rakyat tanpa negara’.

Foto: Kosmo

“Sejak berusia tiga bulan sehingga berusia 18, saya ditempatkan di lima buah rumah kanak-kanak masing-masing di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Pahang.

“Ketiadaan kad pengenalan juga menyebabkan saya tidak layak untuk menduduki peperiksaan termasuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.


Hashimah ditemui wartawan di lobi JPN hari ini bagi mendapatkan MyKad dan sijil lahir dengan diiringi barisan peguam daripada Lawyers for Liberty (LFL).

Dalam pada itu, katanya, dia mengakui sangat teruja dan bersyukur kerana penantian selama 40 tahun mendapatkan kerakyatan akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya rasa sangat gembira dapat kad pengenalan biru, senang untuk kemudahan saya seperti kemudahan hospital, pekerjaan yang baharu dan boleh pergi menunaikan ibadah umrah Insya-Allah.

“Segala-galanya baik. Alhamdulillah. Proses semua berjalan lancar pada hari Jumaat ini, semua baik,” katanya yang masih belum berkahwin.

Katanya, ketika ini, dia bekerja sebagai pekerja am di Rumah Amal Cheshire Selangor, Subang Jaya malah pernah bekerja sebagai pengasuh di rumah kanak-kanak yatim.

Sebelum ini, Hashimah berjaya dalam cabarannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan penolakan JPN berhubung permohonan kewarganegaraannya.

Hashimah yang dilahirkan pada 9 Jan 1983 ditemui polis ketika serbuan di sebuah rumah seorang diri tanpa penjaga di mana ketika itu dia baru berusia tiga bulan.

Sementara itu, Pengarah LFL, Zaid Malek berkata, beliau mahu kes rakyat tanpa negara atau terbiar perlu diberi kerakyatan berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

“Kami berharap tidak perlu lagi mahkamah untuk mengulangi acap kali perkara (kes seperti Hashimah) yang sama,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 3-2-2023 07:39 PM
kesian la nasib anak² yg mcm dia ni
Quote felinecat 3-2-2023 08:12 PM
Masalahnye ramai stateless child ni. Bawak lg pati, diorg tinggal je anak2 ape kesah sbb tau jkm akan jaga. Lepas dpt ic ramai2 compete dgn rakyat tempatan
Quote Skuau 3-2-2023 08:20 PM
felinecat replied at 3-2-2023 08:12 PM
Masalahnye ramai stateless child ni. Bawak lg pati, diorg tinggal je anak2 ape kesah sbb tau jkm aka ...

Begitu la KEBODOHAN sistem kita....
Quote Perawankota 3-2-2023 09:31 PM
Tahun 1983 dah ramai ke pendatang masuk?
Quote Belibis 3-2-2023 09:37 PM
Perawankota replied at 3-2-2023 09:31 PM
Tahun 1983 dah ramai ke pendatang masuk?

Pendatang2 ni dari zaman british lagi la dah berlonggok masuk.warganegara rahmah agaknya.
Quote krustykrab 3-2-2023 09:38 PM
Perawankota replied at 3-2-2023 09:31 PM
Tahun 1983 dah ramai ke pendatang masuk?

Paki jual karpet kan dah meneroka negara kita masa tu. Gigih paksa ibuibu beli karpet utang
Skg ni pun sikit² dh buat bdlik keje tu..tp kali ni naik van tp still pi rumah ke rumah..annoying pulak rasa. Skg ni org tdk beli utang dh bhai oii..karpet murah² pun belambak
Quote Abc246 3-2-2023 10:12 PM
Kesian nya huhuhu
Quote Decaffeinated 3-2-2023 11:23 PM
Ya ka nama Hashimah bukan Hasanah?

Quote bintangct 4-2-2023 12:56 AM
kesian tp nak wat mcm mana  Nak salahkan sape punx tahu Kenapa tak dijadikan anak angkat je?
Quote ujio 4-2-2023 03:15 AM
Mcmna tahu tarikh lahir pulak..?
Quote darkness 4-2-2023 07:35 AM
Jgn2 anak2 rohingya
Quote swimswim 4-2-2023 10:57 AM
Dlm kes mcm ni, kalau jumpa ketika serbuan pati, patutnya xleh la bagi ic biru. Baju ic merah sudeyh
Quote Skuau 4-2-2023 11:25 AM
swimswim replied at 4-2-2023 10:57 AM
Dlm kes mcm ni, kalau jumpa ketika serbuan pati, patutnya xleh la bagi ic biru. Baju ic merah sudeyh

begitu la KEBODOHAN sistem kita....
Quote toxicated 4-2-2023 11:40 AM
ujio replied at 4-2-2023 03:15 AM
Mcmna tahu tarikh lahir pulak..?

Agak2 je kot size masa ditemui estimate mcm baru 3 bulan pastu dorg tolak jela 3 bulan dr date tu anggar2 d.o.b. Kesian dia. Sapa la mak bapak dia
Quote becir 4-2-2023 11:40 AM
Kesiannya life dia. Benda2 biasa bagi kita to her it's something..bukak account bank, nak travel etc
Quote swimswim 4-2-2023 04:31 PM
Skuau replied at 4-2-2023 11:25 AM
begitu la KEBODOHAN sistem kita....

Tak rasa system bodoh. yg bodoh org yg decide utk allow this to happen tanpa ambik kira logik situasi.
Quote Solokkk 4-2-2023 11:20 PM
Anak PATI? Kesian jugak life dia.
Quote felinecat 4-2-2023 11:22 PM
Perawankota replied at 3-2-2023 09:31 PM
Tahun 1983 dah ramai ke pendatang masuk?

Rohingya dari 70 an lg, pulau biding tu tahun berapa lepas tu mebgganggu penduduk tempatan kt ganu tu
Quote lavendernovella 5-2-2023 03:15 PM
Cek dna ancestry boleh ker ? Dari situ boleh tau keturunan sekaligus negara asal makbapak.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.067765 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top