Malaysia bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, malah mempunyai keunikannya tersendiri. Anda bukanlah rakyat Malaysia 'sebenar' sekiranya tidak melakukan beberapa perkara yang cukup sinonim di negara ini.
Antaranya, lepak di kedai mamak sampai pagi, menyebut 'lah' dalam perbualan dan menggunakan 'kuasa tangan' atau 'the power of hands'. 'Kuasa tangan' ini bermakna seseorang itu memberi isyarat tangan apabila melintas jalan bagi membolehkan pemandu di hadapan berhenti atau memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan, meskipun menggunakan kemudahan lintasan pejalan kaki. Malah, mengangkat tangan itu juga membawa maksud berterima kasih kepada pemandu kenderaan kerana memberikan ruang untuk melintas jalan dengan selamat. Bukan sahaja orang tempatan, malah segelintir warga asing yang berada di negara ini turut cuba 'menjiwai' keunikan rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian video di laman sosial, seorang wanita dari United Kingdom (UK) cuba melakukannya ketika melintas jalan dekat kawasan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur. "Mari cuba kuasa tangan rakyat Malaysia untuk melintas jalan," katanya. Lebih dikenali sebagai Nicole, dia melintas jalan sambil mengangkat sebelah tangannya dan memberi tumpuan sepenuhnya ke arah kenderaan di hadapan. "Ia sebenarnya menjadi," kata Nicole selepas berjaya menyeberangi jalan dengan selamat, yang mana ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk. Wanita ini gembira kerana dapat melintas jalan dengan selamat. Video bertajuk "Menggunakan 'tangan' yang berkuasa" yang dimuat naik akaun TikTok @nicolecrewe itu meraih lebih 600,000 tontonan. Rata-rata netizen kagum dengan keberanian gadis ini untuk cuba melakukan perkara yang dianggap unik bagi rakyat Malaysia. Pada masa sama, ada yang berpendapat bahawa Nicole sepatutnya mengangkat tangan lebih tinggi untuk memberi isyarat dan bukannya di paras lebih rendah seperti di dalam video. Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut menyifatkan tindakan tersebut boleh mengundang bahaya dan menasihatkan supaya berhati-hati ketika melintas jalan. Sumber: mStar
|
jejarihalus replied at 3-2-2023 11:41 AM
Cara org putih nak naikkan followers...rakyat Malaysia pantang kena puji
Buritan: Sbb ko cantik.. mat saleh.. itu je. Ce yg lalu tuu hitam.. pastinya mampus kena langgo
Buritan replied at 3-2-2023 11:44 AM
Sbb ko cantik.. mat saleh.. itu je. Ce yg lalu tuu hitam.. pastinya mampus kena langgo
mesmerize replied at 3-2-2023 01:11 PM
kalau kat oversea tak boleh ni lintas sesuka hati.. mau kena hon bertalu.. tapi diorang automatik be ...
kakikuDibibirmu replied at 3-2-2023 07:30 PM
Zebra crossing tu kan untuk Zebra sahaja
Simunggu replied at 2-2-2023 07:29 PM
itu tandanya org malaysia lebih bertimbang rasa membawa kereta dari negara lain..terutama kepada pej ...
noor2 replied at 3-2-2023 07:24 PM
Suruh dia buat kat highway....cer tengok....cantik tu boleh halang x dari kena rempuh
ADVERTISEMENT