CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembur Cat Hitam Sampai Lampu Brek Pun Tak Nampak- Ramai Bengang Dengan Pemilik Kereta Yang Suka Menyusahkan Orang Lain!

3-2-2023 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2026| Komen: 23

Melalui satu ciapan tular di laman Twitter, seorang netizen mendakwa ternampak sebuah kereta di lebuh raya yang menyembur cat hitam di bahagian belakang kenderaannya sehingga lampu breknya tidak kelihatan.


"Ni satu lagi isu. Kedai-kedai sekarang spray sampai gelap! Kawan saya nyaris nak 'cium' (berlanggar) sebab tak nampak lampu brek dia ni.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tolong kerjasama dan tegur kedai dan pemilik kereta ni sekali.


Foto: twitter

'Nak modify kereta, jangan susahkan pengguna lain la," kata netizen itu dalam ciapannya.

Berdasarkan gambar yang disertakan netizen tersebut, dapat dilihat keseluruhan bahagian belakang kenderaan itu disaluti cat warna hitam termasuk lampu tanda arah, lampu undur belakang dan lampu brek.

Selain itu, seorang lagi netizen juga sempat menyebut bahawa kenderaan tersebut mempunyai kesan perlanggaran di bahagian belakangnya, berkemungkinan berpunca dari isu yang sama.


"Tu pun macam baru kena hentam kemek belakang," kata warga maya itu.



Beberapa warga maya lain juga menggariskan kesilapan lain yang sering dilakukan pengguna jalan raya sehingga boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pemandu di sekeliling.

"Lampu 'albino' (warna putih) pun kena tengok juga bang. Lampu 'albino' tapi mentol tak tukar pun menyusahkan orang.

"Tolong la ikut aturan. Mentol untuk brek warna merah dan mentol isyarat kiri atau kanan kena warna kuning. Jangan la bantai semua lampu nak warna putih. Yang boleh putih cuma lampu undur belakang.

"Sama kes dengan tukar warna lampu signal daripada kuning ke warna lain macam merah atau putih. Kadang tu tak jelas kereta depan bagi signal," ujar sebilangan warga maya.

Biasanya fenomena lampu 'albino' ini terjadi kerana kerosakan pada filamen mentol dan perlu ditukar dengan kadar segera.

Seorang netizen mengatakan ada juga lampu brek kereta diubahsuai menjadi terlampau terang sehingga menyebabkan silau kepada pemandu di belakang.

"Yang ni pula nak suluh masa depan yang di belakang," kata warga maya itu berseloroh.

Rata-rata warga maya lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam hal ini kerana penggunaan lampu isyarat kenderaan yang tidak seragam boleh menyebabkan kemalangan.

"Saman je kereta yang berbahaya ni! Termasuk juga kereta dan motosikal yang lampu brek belakang cacat!

"Tolong ambil tindakan! Aku pun hampir nak sondol orang hari tu, kereta lampu belakang gelap macam ni la. Siang memang tak nampak, dah dekat baru nampak. Nasib la brek makan, dah la bawa keluarga.

"Tolong ambil tindakan juga dekat lampu brek kereta yang kelip-kelip macam lampu raya, sakit mata duduk belakang dia," kata sebahagian warga maya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 3-2-2023 09:23 AM
Cat gelap2 tu nk sembunyi dna proton ke?
Quote kasibiman 3-2-2023 09:33 AM
Pakej lengkap la babi2 ni semua lampu gelap + mafia tint waktu Malam. Apa lagi hujan lebat
Quote Buritan 3-2-2023 09:52 AM
mojarean_X: Cat gelap2 tu nk sembunyi dna  ...


Tak jgk.. adik aku suke laa buat toka cam.ni.. dibubuhnya mcm plaastik itam kat lampu tuu..kete bm cabuk tahun 70an tp dia puya berlagak cam.bm baru.. hohoho.. ujung ujung toka tuu langgo cina tua.. disalahnya cina tua tuu..
Quote slyfynx 3-2-2023 09:55 AM
Aku rase ni bukan cat.
Ni die tint hitam
Quote KamikuP 3-2-2023 10:09 AM
Gitulah kalau BFOty menghias kereta
Quote prettyuglybabe 3-2-2023 10:13 AM
rempit upgrade ke kereta..
gitu la..
Quote plywood 3-2-2023 10:16 AM
KamikuP replied at 3-2-2023 10:09 AM
Gitulah kalau BFOty menghias kereta

[youtube]ofcWd2tJVa8[/youtube]
Quote kucingitam 3-2-2023 10:18 AM
lain kali takyah la padam no plate tu..biar senang sikit polis buat kerja..
Quote paz 3-2-2023 10:24 AM
Cantik ke macam tu? Pelik betul taste.
Quote shernazz 3-2-2023 10:35 AM
Ada juga yang bodo gi letak lampu merah kat.signal...choi
Quote ChildrenOfBodom 3-2-2023 10:37 AM
share la number plate bangang oii
Quote blue_blur 3-2-2023 10:44 AM
polis jpj pun den tak faham, takkan nak tungu netizan kecoh baru nak ambil tindakan / war2 kan amaran? yang macam ni lagi ngancam keselamatan orang lain daripada jenis rupa nombor plate.
Quote HabukBesi 3-2-2023 10:54 AM
patut sembur cat hitam kt lampu rumah dia, nak sgt rasa exclusive haha
Quote venom1 3-2-2023 10:57 AM
HabukBesi replied at 3-2-2023 10:54 AM
patut sembur cat hitam kt lampu rumah dia, nak sgt rasa exclusive haha

sembur sekali cat hitam kat owner kereta. baru satu pakej
Quote HabukBesi 3-2-2023 11:08 AM
venom1 replied at 3-2-2023 10:57 AM
sembur sekali cat hitam kat owner kereta. baru satu pakej

hahaha... lepas ni suruh pengeluar kereta buat lampu versi cat hitam
Quote tungkai 3-2-2023 11:11 AM
Yg kemek tu mcm kena sondol aje.. Selayaknyalah kalau masih tak sedar diri lagi..
Quote Miss.Rara 3-2-2023 11:56 AM
hitam itu premium katanya
Quote awanearisu 3-2-2023 12:16 PM
Penguatkuasa. Tolonglah bertegas dengan pihak yang membahayakan keselamatan pemandu lain.
Quote airfilterkotor 3-2-2023 06:17 PM
Jangan kata tint lampu belakang, tint keliling cermin pun patut saman.
Menyusahkan pengguna jalanraya kat belakang.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.276565 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top