CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Abang Sayang Boleh Hantar Sampai Bilik? Rider Nyaris Dinodai Wanita Jadian

3-2-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 632| Komen: 6

Description: Seorang lelaki dikenali sebagai @faez_panda yang memuat naik video rakannya menerima tempahan daripada seorang 'wanita' berjantina lelaki di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Seorang lelaki dikenali sebagai @faez_panda yang memuat naik video rakannya menerima tempahan daripada seorang 'wanita' berjantina lelaki di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

"Alhamdulillah kawan selamat. Hampir dinodai 'wanita jadian'. Nasib baik aku teman. Kalau tak, trauma kawan aku," dia menulis di ruangan kapsyen Tiktok.





Menurut pemilik akaun itu, pada awalnya pelanggan 'bernama pelik' tersebut meninggalkan pesan supaya makanannya ditinggalkan di lobi hotel.

Menerusi video yang dikongsi, pelanggan itu turut bertanya jika dia boleh membuat pembayaran secara pemindahan wang melalui akaun bank.

Bagaimanapun situasi tiba-tiba bertukar 'seram' apabila individu itu mula memanggilnya dengan panggilan manja iaitu 'sayang' dan meminta naik ke bilik hotel untuk menghantar makanan dipesan.

"Abang sayang, boleh bayar transfer ke?


"Abang sayang, nanti hantar kat tingkat empat tau," kata pelanggan itu.



Walaupun berasa kurang selesa dengan panggilan manja itu, rider berkenaan masih bersikap profesional dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan tersebut.

Dia itu turut mempersoalkan hubungannya dengan pelanggan tersebut kerana dipanggil dengan panggilan 'sayang'.

"Aik, bila masa pula I boyfriend you. Siap panggil sayang.

"Boleh je transfer. Tak ada masalah. Cuma jangan tipu," katanya.

Menjengah ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi seperti itu.

"Saya pernah kena. Waktu hantar makanan tu hujan. Lepas tu dia ajak masuk. Bila nak bagi baki tu dia pegang tangan suruh masuk. Bahaya.

"Haha aku pernah kena. Lepas tu yang kantoinya sebab aku tak cukup duit nak bagi baki. Jadi aku guna kod QR dengan dia. Sekali nama lelaki keluar.

"Aku pernah nak hantar pesanan dan pernah nak kena tarik tangan. Dia pegang tangan aku. Nasib baiklah aku elak-elak," kongsi netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 3-2-2023 09:30 AM
gila betul.. tuang cabai blender kt dia
Quote Tinot7 3-2-2023 09:33 AM
Ramai jugakk yg pernah terkena
Quote KamikuP 3-2-2023 11:00 AM
Eceh.. malu tapi mahu yek.. ekekek
Quote HabukBesi 3-2-2023 11:12 AM
bnyk kekeliruan gender dah skrng ni
Quote Hizert 3-2-2023 11:49 AM
jadi lelaki pon dah tak selamat sekarang.
Quote Adrif 3-2-2023 12:27 PM
kes aku terbalik, rider tu yang offer diri nak ikut masuk rumah. ape ke gila nya

2 kali pulak tu. rider berlainan. tak sior teman, hish

aku berselera kat nasi lemak lauk ayam berempah tu je, Ya Allah nikmatnya.. nasi ayam kukus.. perghh

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-3-2023 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.080594 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top