Ampang: Lelaki bertindak mencabul dan memukul kakak iparnya serta mengugut abang kandungnya selepas dipercayai berada dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Kampung Tasik Permai, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita yang juga pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu memaklumkan suaminya bertengkar dengan suspek di rumah mereka, kira-kira 12 tengah malam. Menurutnya, suspek berusia 32 tahun kemudian bertindak mencabul mangsa lalu mengarahkan wanita itu melakukan seks oral. "Mangsa hanya berdiam diri, namun suspek memukulnya di kepala. Semasa kejadian, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk. "Suspek juga membuat ugutan jenayah terhadap abang kandungnya dengan meletakkan serpihan kaca di leher suami mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis berjaya menahan suspek yang juga penganggur di lokasi kira-kira 12.50 tengah malam sebaik menerima maklumat berhubung kejadian. Katanya, suspek kini menerima rawatan di Hospital Ampang akibat kecderaan dialami selepas diserahkan orang awam. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, mencabul dan berkelakuan tidak sopan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
rosedemon replied at 3-2-2023 08:36 AM
dah mabuk gini la jadinya
Belibis replied at 3-2-2023 09:21 AM
Jangan sentuh bab arak..ia budaya kami.
..Acik porum urban etis..
ADVERTISEMENT