Penyanyi Maher Zain kecewa dengan tindakan kerajaan Sweeden yang membenarkan salah seorang ahli politik, Rasmus Paludan membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm. Menerusi hantaran di media sosialnya, penyanyi terkenal dengan lagu ketuhanan itu menegaskan, tindakan membakar kitab suci Al-Quran belum tentu dapat mengalahkan hati umat Islam di seluruh dunia.
“Jika kamu membakar dan menghapuskan kesemua kitab suci Al-Quran di seluruh dunia, sangat mustahil untuk membuang ia dari lubuk hati kami!” tegasnya. Dalam pada itu, Maher yang mendapat warganegara Sweden juga mempertikai dan mengkritik tindakan kerajaan negara itu kerana membenarkan penghinaan terhadap agama Islam. Maher juga mempersoalkan di manakah sikap perikemanusiaan pihak kerajaan terutama barisan pemimpin sehingga membangkitkan isu perkauman. Sumber: Suara Merdeka |
KamikuP replied at 25-1-2023 04:31 PM
Boikiot IKEA dan sosej ikea
ADVERTISEMENT