CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Beberapa Kali Kantoi Mesra Keluar Dengan Drew Taggart, Selena Gomez Mati-mati Nafi Sedang Bercinta

23-1-2023 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2454| Komen: 6

Description: Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penyanyi Selena Gomez kerap menjadi tajuk berita sensasi.Selain isu berat badannya yang semakin naik, bekas kekasih Justin Bieber ini juga dilaporkan hangat berci ...

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penyanyi Selena Gomez kerap menjadi tajuk berita sensasi. 

Selain isu berat badannya yang semakin naik, bekas kekasih Justin Bieber ini juga dilaporkan hangat bercinta dengan anggota kumpulan The Chainsmokers, Drew Taggart.


Bahkan, mereka dilihat keluar bersama dalam keadaan yang cukup mesra sambil berpegangan tangan. 


Page Six

Namun, di sebalik gosip tersebut, Selena dalam hantaran di Instasatory miliknya cuba menafikan tentang gosip tersebut.

Dengan memuat naik gambar hitam putih landskap gunung bersama imej seorang lelaki yang tidak dikenali: Selena menulis tanda pagar #iamsingle dengan kapsyen: “Saya sangat suka menjadi single”.



Hantaran tersebut dimuat naik selepas Selena dan Drew Taggart dilihat menghabiskan masa dengan bermain boling di Kota New York. Mereka dilihat cukup seronok dan mesra bersama, seolah-olah seperti dua remaja hangat ercinta.

Anehnya, selepas memuat naik hantaran tentang status singlenya, dua hari selepas itu, Selena dan Taggart dilihat meninggalkan sebuah restoran di Soho sambil berpegangan tangan.

Awal bulan ini, satu sumber memberitahu US Weekly, bahawa kedua-dua selebriti ini memang sah bercinta.

Sumber itu memberitahu: “Kedua-dua mereka tidak mahu menyembunyikan percintaan mereka dengan hanya keluar bersama di kelab yang privasi”.

“Mereka sangat kasual tetapi tidak begitu menghebohkannya,” katanya.

Sumber itu mungkin benar apabila sekeping gambar Drew Taggart yang berkemungkinan  bersama Selena dalam keadaan cukup intim tersebar di laman Twitter.



Gambar itu menunjukkan seperti mereka hampir sahaja bercumbuan atau mungkin sudah pun bercumbu.

Drew Taggart dengan pasukannya bagaimanapun langsung tidak mahu memberikan sebarang komen tentang spekulasi hubungannya Selena.

Selena pula lebih suka mendiamkan diri daripada memperkatakan tentang status hubungan cintanya selepas putus cinta dengan Justin Bieber pada Mac 2018, selepas pasangan ini beberapa kali bercinta, putus, bercinta dan putus lagi sejak 2011. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 24-1-2023 07:21 AM
I okay kalau miss gomez suka lelaki ni, walaupon i lg suka selena dgn the weeknd. Asal selena happy, I'm happy too
Quote imransulaiman 24-1-2023 07:31 AM
Friends for benefits kot?
Quote Kancilkering 24-1-2023 08:01 AM
dia ni x leh be single lelama ke …..rengse tul…bercinta putus…at least kalu taylor swift tu putus je tulis lagu masyuk sentiasa….
yg x tahan tu selena ni…putus je lepas tu mula lah love yourself first talk …put yourself first lah….la la la la….
Quote orangbiasaje 24-1-2023 04:01 PM
Kancilkering replied at 24-1-2023 08:01 AM
dia ni x leh be single lelama ke …..rengse tul…bercinta putus…at least kalu taylor swift tu putus ...

Apa citer dia dengan best fren dia yg pernah donate kidney utk dia tu dulu? Dgr kata lepas tu ada gaduh jap sbb selena kata cuma Taylor Swift best fren dia dlm industri ni (kawan yg dinate tu pun pelakon gak). And antara faktor gaduh lain sbb lepas dpt kidney, selena masih suka berparti dan minum (kawan dia marah sbb takut kidney baru rosak lagi la pulak).

Dah elok lom diorg? Ke habis madu sepah dibuang?
Quote Hoshhi 29-1-2023 03:43 PM
orangbiasaje replied at 24-1-2023 04:01 PM
Apa citer dia dengan best fren dia yg pernah donate kidney utk dia tu dulu? Dgr kata lepas tu ada  ...


iols pun follow pasal story ni...tapi macam habis dekat situ ja.... tak tahu la masih berkawan ka atau dah putus kawan.... Mesti menyesal tak sudah kawan sheols tu...bukan dia boleh amik balik kidney dia tu
Quote anony-mous 30-1-2023 11:45 PM
Kancilkering replied at 24-1-2023 08:01 AM
dia ni x leh be single lelama ke …..rengse tul…bercinta putus…at least kalu taylor swift tu putus ...

Trauma dgn JB kot atau masih xjumpa org yg boleh buat dia lupa JB

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051543 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top