Seorang wanita di Thailand cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, lapor laman berita Thaiger semalam. Wanita itu cuba melemaskan dirinya, tetapi terapung selama 10 jam sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.
Pemilik Restoran Baan Koh, Wichai Tiamcharoen, 45, menghubungi pasukan penyelamat selepas melihat ‘mayat’ seorang wanita terapung di jeti berhampiran kedai makannya. Wanita yang kemudiannya dikenali sebagai Pinthong, 45, itu memakai baju berwarna merah manggis dan seluar hitam. Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai untuk menariknya ke tebing. Selepas menganggap dia sudah mati, pasukan itu terkejut apabila Pinthong tiba-tiba membuka matanya. Anggota penyelamat, Samrit Karndee memberitahu bahawa selama satu dekad menyertai pasukan perkhidmatan kecemasan, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu terjadi.
Samrit berkata, dia terkejut melihat wanita itu membuka matanya tetapi segera fokus untuk membantu mangsa. Pasukan penyelamat kemudian membawa Pinthong ke hospital kerana dia keletihan. Selepas pulih, Pinthong memberitahu, dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelumnya untuk membunuh diri di jeti berhampiran Wat Chong Lom. Lokasi itu terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat dia ditemui. Media Thailand melaporkan bahawa dia menghabiskan masa lebih 10 jam terapung di sungai sebelum dibantu penyelamat. Sumber: Kosmo
|
Hoshhi replied at 24-1-2023 09:10 PM
Kenapa dia tak lemas? Siapa siapa boleh terangkan?
airfilterkotor replied at 25-1-2023 12:51 AM
Teringat November 2020 kat Klang, dah terjun dalam sungai pun...
tapi tak jadi bunuh diri sebab nam ...
edayildiz replied at 25-1-2023 01:18 AM
kelakarnya..lg senang mati kalau boya ngap
edayildiz replied at 25-1-2023 01:18 AM
kelakarnya..lg senang mati kalau boya ngap
Hoshhi replied at 24-1-2023 01:10 PM
Kenapa dia tak lemas? Siapa siapa boleh terangkan?
edayildiz: kalau dulu byk news dr yindon. ...
ADVERTISEMENT