CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singa Paling Sedih Tinggal Sendirian Sampai Lupa Cara Mengaum

24-1-2023 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2037| Komen: 22

Description: Sebuah badan amal berusaha menyelamatkan seekor singa jantan yang ditinggalkan sendirian di sebuah zoo selepas pemiliknya meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star.Ruben adalah haiwan terakhir di zoo b ...
Sebuah badan amal berusaha menyelamatkan seekor singa jantan yang ditinggalkan sendirian di sebuah zoo selepas pemiliknya meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star.

Ruben adalah haiwan terakhir di zoo berkenaan yang terletak di sempadan Armenia-Azerbaijan. 


Zoo itu ditutup selepas pemiliknya iaitu seorang oligarki Russia, meninggal dunia.


Ruben diharap akan kembali mengaum apabila menyertai singa-singa lain yang diselamatkan di Afrika. - ROGER ALLE

Singa itu hidup terasing di dalam sangkar sejak lima tahun lalu dan sekian lama tidak ditemani singa lain sehingga ia terlupa bagaimana untuk mengaum. Raja Rimba itu hanya sekali-sekala mengeluarkan bunyi dengusan menyedihkan.

Jan Creamer dari badan amal ADI Wildlife Sanctuary menjelaskan bahawa semua haiwan lain dari zoo sama, berjaya diselamatkan selepas pemiliknya meninggal dunia.


“Malangnya, tiada ruang untuk Ruben. Singa tinggal dalam kumpulan dan perbuatan mengaum umpama perbualan antara mereka. 

“Ia masih cuba mengaum. Ruben tidak pernah merasakan kehangatan cahaya matahari atau tiupan angin di mukanya,” kata Creamer.

Ruben berusia kira-kira 15 tahun dan pengabaian telah menyebabkan kesihatannya berada dalam keadaan teruk dengan rambut kusut dan giginya rosak.

Zoo itu akhirnya ditutup dan keluarga bekas pemiliknya gembira kerana Ruben dapat diselamatkan. Akan tetapi, operasi untuk memindahkannya terpaksa dirahsiakan dan dirancang dengan teliti bagi mengelakkan ketegangan di kawasan perang.

“Adalah penting untuk kita membawa Ruben ke Afrika Selatan secepat mungkin,” kata Creamer

Ruben dijangka melakukan perjalanan ke Afrika Selatan pada Mac depan. Di tempat perlindungan baharu kelak, Ruben akan mempunyai habitat semula jadi dan boleh bertebaran apabila pergerakannya bertambah baik. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 24-1-2023 09:48 PM
Duduk dlm sangkar...selama 5 tahun. Kesian dia...
Quote sharlenetexas 24-1-2023 09:50 PM
Stressnya hidup dia

Quote sharlenetexas 24-1-2023 09:51 PM
All the best kat tempat baru.


Quote ninja boy 24-1-2023 10:30 PM
Edited by ninja boy at 24-1-2023 10:31 PM

Kunun,  kucing korang kurung dlm apartment keluar sebulan sekali x bercakap bergaduh dgn kucing lain, tak panjat pokok tak guling2 atas rumput, tak main katak main kumbang besar kejar tikus burung tak dikejar anjing
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:19 PM
Kasihannya kau singa
Quote becir 24-1-2023 11:23 PM
Kesiannya..5 tahun tak jumpa community sendiri. Adoyai murung I baca..
Quote dua_chzy 25-1-2023 12:12 AM
Stay strong Ruben!
Quote dua_chzy 25-1-2023 12:13 AM
ninja boy replied at 24-1-2023 02:30 PM
Kunun,  kucing korang kurung dlm apartment keluar sebulan sekali x bercakap bergaduh dgn kucing lain ...

Kucing domestik lain. Deols boss dalam rumah tu. Manusia jadik hamba deols.
Quote anony-mous 25-1-2023 12:16 AM
ninja boy replied at 24-1-2023 10:30 PM
Kunun,  kucing korang kurung dlm apartment keluar sebulan sekali x bercakap bergaduh dgn kucing lain ...

Kucing tu dah didomestic kan. Mana sama nk compare dgn singa
Quote namr 25-1-2023 12:54 AM
adoi, kesian la dia stress..sama jah mcm manusia boleh stress
Quote edayildiz 25-1-2023 01:15 AM
kesiannya..silap silap nak ngap dgg manusia pun dh xreti
Quote edayildiz 25-1-2023 01:16 AM
ninja boy replied at 24-1-2023 10:30 PM
Kunun,  kucing korang kurung dlm apartment keluar sebulan sekali x bercakap bergaduh dgn kucing lain ...

kucing i lg suka duk umah
Quote zuuu 25-1-2023 02:55 AM
Kesian kat rubenmoga2 dia dapat kembali menjalani kehidupan seperti singa2 yg lain...
Quote mejaputih 25-1-2023 09:12 AM
kesiannya hidup Ruben...why oh why....semoga Ruben kembali sihat dan boleh start mengaum...
Quote pocongkiutss 25-1-2023 09:27 AM
dua_chzy replied at 25-1-2023 12:13 AM
Kucing domestik lain. Deols boss dalam rumah tu. Manusia jadik hamba deols.


Khenn..cam bodo buat comparison dgn kucing..kucing dlm apartment yg terjaga elok tu silap2 apartment tu lg besar dr size kandang singa tu. Makan sedap2..hidup selesa. Yg jenis lepas kucing merata sampai kucing kena langgar..berak kencing kt umah org lain tu lagi la hampeh (stray cat tak termasuk ya)
Quote Simunggu 25-1-2023 10:23 AM
tak ada kawan membawang..biasalah
Quote stingerpressor 25-1-2023 10:31 AM
edayildiz replied at 25-1-2023 01:15 AM
kesiannya..silap silap nak ngap dgg manusia pun dh xreti

Fitrah kejadian haiwan seperti mana ko...tak belajar pun malam pertama setelah diijabkabulkheun terus memantat macam champion kheunz?

Please ler
Quote stingerpressor 25-1-2023 10:35 AM
Semoga ahli J INC cari forum ada will utk attend refresher course tiap 3 tahun kalau masih belum berlaki baru lagi supaya tak lupa teknik panjat katil dan kolom....


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote Sazreena 25-1-2023 10:42 AM
Murung seh singa tu..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052981 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top