CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puyu Lompat Keluar Dari Akuarium, DJ Lin Tak Tolak Sering Keluar Masuk Hospital Akibat Sihir

20-1-2023 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3577| Komen: 37

Description: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin tidak menolak kemungkinan sakit dialaminya ketika ini berpunca daripada perbuatan sihir individu yang cuba menjatuhkan kerjayanya.Terbaharu kata DJ Lin atau Roslinda A ...
Penyampai radio Suria FM, DJ Lin tidak menolak kemungkinan sakit dialaminya ketika ini berpunca daripada perbuatan sihir individu yang cuba menjatuhkan kerjayanya.

Terbaharu kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, dia dimaklumkan ikan puyu peliharaannya di rumah melompat keluar dari akuarium seolah-olah memberi gambaran ada kejadian mistik berlaku kepadanya.




"Orang kata kalau kita bela ikan puyu dan jika ada orang yang ingin hantar 'benda' tidak elok akan pergi kepada haiwan itu dulu. Dari apa yang berlaku kepada ikan puyu di rumah memang menggambarkan sesuatu.

"Sepanjang empat hari di hospital, sudah tiga kali kejadian sama berlaku. Ikan puyu itu melompat-lompat sehinggakan air dari dalam akuarium terpercik ke lantai. Bukannya sedikit tapi banyak. Bukankah itu petanda sesuatu yang tidak elok?," katanya kepada mStar.

Tidak terkejut dengan keadaan itu, kata DJ Lin dia sudah sering mengalami sakit misteri sejak menang penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) pada tahun 2016.


Meskipun sudah banyak kali mendapat rawatan di hospital, namun doktor sendiri sukar untuk mengesahkan punca sebenar sakit yang dialami.



"Saya tidak terperanjat pun apabila berlaku kejadian pelik begini sebab sudah sering sakit sejak beberapa tahun lalu. Pernah saya di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan hampir nak 'pergi', tetapi doktor belum dapat mengesahkan punca sebenar sakit saya ini.

"Doktor juga pernah cakap sakit saya ini jarang berlaku dan mereka ini jadikan sebagai satu bahan kajian. Dalam masa sama saya cuba mendapatkan alternatif perubatan Islam dengan mereka yang pakar dan terbukti boleh merawat," ujarnya.

Terbaharu DJ Lin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Selasa lalu selepas paha kanannya mengalami bengkak secara tiba-tiba.

Dalam keadaan sakit sekalipun DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Radio Suria masih menjalankan tugasnya seperti biasa dan terpaksa meminta kakitangan untuk datang berjumpa di hospital bagi membincangkan urusan berkaitan.

"Saya tidak boleh mengalah. Kalau betul ada yang dengkikan saya, mesti dia gembira kalau melihat saya terus terlantar sakit. Jadi sebab itu saya kena kuat.

"Banyak perancangan yang telah dibuat untuk beberapa bulan akan datang bersama stesen Suria. Saya tidak boleh berehat panjang. Kaki sahaja yang sakit, otak masih boleh berfikir dan mulut boleh bercakap," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 20-1-2023 05:24 PM
Laaaa...Puyu ingatkan bini jah tadi...apahal dia lompat keluar akuarium...haha
Quote pocongkiutss 20-1-2023 05:29 PM
Rogue98 replied at 20-1-2023 05:24 PM
Laaaa...Puyu ingatkan bini jah tadi...apahal dia lompat keluar akuarium...haha

Sama arr..hahaha..iols pun fikir gitu tadi
Quote umbut 20-1-2023 05:53 PM
Ikan puyu memang leh lompat2 keluar lah.. dah jatuh lantai gelupur lah.. len kali letak pemberat kat penutup tu
Quote shernazz 20-1-2023 06:00 PM
Ko ada aniaya orang tak.dj lin?
Kalau tak...dok.diam2.saja aman2 dalam.spital.relaks2
Quote olezzeli17 20-1-2023 07:11 PM
Walaupun pernah dengar orang2 tua cakap bela puyu ni sebagai satu usaha nk elakkan sihir. Kat rumah ada je bela ikan puyu ni tapi bukan dgn niat nk elak mcm yg orang2 tua cakap la, just bela coz senang tak cerewet penjagaan ikan ni. Takyah nk pam oksigen bagai. Ikan ni memang suka melompat pun. Kalau akuarium takde penutup kat atasnya, dan memang ke lantai la jawabnya.
Quote QueenCaramel 20-1-2023 07:16 PM
Ikan puyu mmg bleh lompat pon..akuarium kecik n xde cover lagik la die bleh lompat kluar..
Quote LadyCarefree 20-1-2023 07:23 PM
Dah habis musim depresi kah? Masuk sepenuhnya musim sihir dah ke?
Quote AnnaSendin 20-1-2023 07:40 PM
Musim sihir puleks. Yo² lah tuew kena sihir, entah² puyu² tu lapar atau bosan duduk akuarium yang dah berkelarah ittuew.
Quote Pak.dolla 20-1-2023 07:54 PM
Aku baca tajuk tadi ingatkan puyu bini jahlop...hahahaha
Quote clarizsa 20-1-2023 08:51 PM
Apa kaitan sihir
I pun bela puyu dr dulu smpai skrg
Mmg sifat dia suka lompat keluar
Malam2 je gedebuk gedebak bunyi penutup akuarium tu sbb cubaan nk keluar
Pernah je berjaya lompat sbb lupa tutup , dah jd mainan meow i berbirat kena lambung2 haha
Tak mati2 masa tu
Akhirnya lepas 5 tahun bela dia mati gak
Skrg i bela puyu baru yg anak i tgkap dr parit
Byk dia tgkap tp yg besar2 kami grg makan je lah
Bela yg kecik 2 ekor
Quote FlexyFox 20-1-2023 10:37 PM
Byk pulak dengar  golongan industri hiburan ni salahkan sihir bila sakit. Hm...  BTW, ikan puyu memang boleh melompat jauh. Biasa dengar orang yg tinggal di kawasan sawah beritahu perkara biasa kalau ikan puyu menyeberangi dari satu sawah ke satu sawah dgn melompat menyeberangi batas. Dulu2 katanya orang kutip je puyu tu atas batas sawah kalau jumpa
Quote epuepy 20-1-2023 10:38 PM
Rogue98 replied at 20-1-2023 05:24 PM
Laaaa...Puyu ingatkan bini jah tadi...apahal dia lompat keluar akuarium...haha

Sama wei. Igt bini jah. Sbb dlm ni bini jh mmg di panggil puyu bebird
Quote Mekgadis16 20-1-2023 11:42 PM
pocongkiutss replied at 20-1-2023 05:29 PM
Sama arr..hahaha..iols pun fikir gitu tadi

Aku pun sama daaaa. Hahaha
Quote chandrahusin 20-1-2023 11:48 PM
Aku siap pikir kenapa eja puyu bkn piyu
Quote Mizlyn 20-1-2023 11:58 PM
Air melimpah mmg ke bawah...bukan kat atas nun..

I pun penah bela puyu.. Kalau bela dlm balang tiap malam keletuk2 he nak keluar
Quote caramel_cloud9 20-1-2023 11:59 PM
Hahahahaha. Aku ingatkan aku je yg ingat TT maksudkan puyu tu bini jah. Rupanya ikan puyu...hahahahahahah


Ikan puyu kat rumah aku pun mcm tu. Suka melompat². Kalau takde pemberat atas penutup, mmg boleh keluar dr akuarium. Dulu bela 2ekor. Sekor terlepas masa kitorg bercuti. Balik2 tgj akuarium tinggal sekor je. Cari2 lg sekor tak jumpa. Pelik juga mula². Dok pikir juga pasal org tua ckp kan. Sekali rupanya dlm bilik dah jd bangkai. Bayangkan dr hall dia mengelinjat sampai ke bilik.

Persoalannya. Perlukan iols risaukan sihir juga seperti djlin.
Quote dua_chzy 21-1-2023 12:09 AM
caramel_cloud9 replied at 20-1-2023 03:59 PM
Hahahahaha. Aku ingatkan aku je yg ingat TT maksudkan puyu tu bini jah. Rupanya ikan puyu...hahahaha ...

Tak perlu. Kecuali kalau tetiba semua puyu dalam akuarium tu mati. Weols pernah mengalami. Tapi ntah sihir ka hapa aiols pun tatau tapi serentak mati semuanya.
Quote Burong_Hantuk 21-1-2023 04:53 AM
Susah nk percaya..unless kau tu jutawan @ rupa taraf miss world
Quote rogayahtop 21-1-2023 06:26 AM
aanugerah tu pun beli sendiiri paper banyak2 dekat supplier upah kelab peminat adik beradik yg isi.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065852 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top