CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Insya Allah Jodoh Anak Saya Orang Baik' - Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Bermadu

20-1-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4793| Komen: 52

Description: Azhar Sulaiman memberitahu nama anak perempuannya, Kasih Iris Leona sering menjadi bahan usikan netizen yang disebut bakal menjalani isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga kelak.Terbuka jika i ...
Azhar Sulaiman memberitahu nama anak perempuannya, Kasih Iris Leona sering menjadi bahan usikan netizen yang disebut bakal menjalani isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga kelak.

Terbuka jika itu adalah ketentuan buat anak kesayangannya itu, Azhar, 52, bagaimanapun meletakkan syarat buat bakal menantu yang ingin memperisterikan Leona suatu hari nanti.



IG

"Ramai yang mengatakan anak saya akan jadi isteri nombor dua atau tiga. Resmi saya senang, terima sesiapa sahaja asalkan ada ijazah dalam pelajaran.

"Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya serta keluarga kalau calon itu sudah berkahwin," katanya.

Azhar menyenaraikan perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instgram miliknya pada Jumaat yang turut disertakan dengan gambar Leona.

Akur dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan, Azhar juga mahu bakal suami Leona itu nanti bijak menguruskan hal keluarga jika menjalani hidup berpoligami supaya kisah mereka tidak menjadi perhatian ramai.




Azhar bagaimanapun mendedahkan Leona sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki berketurunan Cina apabila ada bertanya sama ada tidak meletakkan syarat lelaki yang boleh membimbing anaknya itu.

"Uruskan hubungan dengan baik dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur bahawa ajal dan jodoh itu ditangan Allah.

"Anak saya suka chinese boy. Rasanya dia yang penat nak bimbing kalau terjadi perkahwinan nanti," katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai dalam kalangan netizen yang setuju dengan sikap terbuka Azhar dalam soal memilih menantu.

"Insya Allah jodoh anak mami (panggilan Azhar) orang yang baik-baik, beragama, bertanggungjawab dan mampu dari segala segi. Semoga dipermudahkan untuk dia.


IG

"Benda mudah buat apa nak gempar sana-sini. Benda baik kita sokong, benda tak elok kita bantah.

"Kalau dah jodoh tak boleh nak nafikan. Janji dua-dua setuju dan diterima isteri pertama sebab hidup nak sama-sama bahagia. Tapi kalau boleh cari yang single, malam-malam dapat peluk dan tak perlu tunggu giliran," komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 20-1-2023 07:33 PM
Setuju clap clap clap. Yg jahat doakan leona bermadu tu life diorang teruk snagat kot.
Quote Perawankota 20-1-2023 09:06 PM
Leona ni baik je.. Mesti lah jodoh dia pon baik.. Yang tak baik yg org yg suka kecam org tak tentu pasal
Quote matjerk 20-1-2023 09:09 PM
Dia ni klu bergolek2... idak la nampak busuk... maaf, bias..

Btw, Azhar tak kisah Leona bermadu?
Kalau dimadukan?
Quote Minyakyuyi 20-1-2023 09:09 PM
Edited by Minyakyuyi at 20-1-2023 09:10 PM

ok la iols ngeship dgn ishraq walaupn bukan chinese tp ada raut cina
Quote kalchi 20-1-2023 09:14 PM
Minyakyuyi replied at 20-1-2023 09:09 PM
ok la iols ngeship dgn ishraq walaupn bukan chinese tp ada raut cina

Anak somebody ke ishraq tu. Salu juga nampak di ig leona. Tapi leona nampak nya tak ngetaste mamat tu
Quote Thunderclouds 20-1-2023 09:20 PM
Besa kalo kita dok kata ke org tu menda tu jadik makanan kita esok². Org kata,bukan aku yg kata
Quote intan244 20-1-2023 09:27 PM
semoga leona dapat adik nanti. pastu laki dia pandai handle senyap2x je. pastu leona ngan mami pon terima senyap baik2x je.
Quote cmf_premierleag 20-1-2023 09:42 PM
kalo leona ditakdirkan jd wife no.2 pun, wife no.1 kene le terima and sujud syukur ya..atuk dia billionaire okkkk..rete 7 keturunan x abih makan.
Quote Incanto 20-1-2023 10:31 PM
kalchi replied at 20-1-2023 09:14 PM
Anak somebody ke ishraq tu. Salu juga nampak di ig leona. Tapi leona nampak nya tak ngetaste mamat ...

ya...anak co owner Air Asia

aku pun tak nampak mcm leona minat dia....just besties gitu
Quote Incanto 20-1-2023 10:33 PM
intan244 replied at 20-1-2023 09:27 PM
semoga leona dapat adik nanti. pastu laki dia pandai handle senyap2x je. pastu leona ngan mami pon t ...

nenek dia pun ada madu

relaks jer, semua baik baik

tak tahu lah kot 30 tahun dulu ada adegan tarik rambut
Quote epuepy 20-1-2023 10:42 PM
Ternganga jap. Mami zehar nk ke menantu yg lebih tua dari Mami? Sbb yg menggatal nk bini ramai ni selalu dato kaya yg dh tua kerepot
Quote SpyLeman 20-1-2023 10:43 PM
Incanto replied at 20-1-2023 10:31 PM
ya...anak co owner Air Asia

aku pun tak nampak mcm leona minat dia....just besties gitu

Anak Meranun ke?
Quote SpyLeman 20-1-2023 10:44 PM
Incanto replied at 20-1-2023 10:33 PM
nenek dia pun ada madu

relaks jer, semua baik baik

Kesahnyaa....skrg ada lg ke? Patut laa mennatu x berani kondem poligami
Quote Minyakyuyi 20-1-2023 10:59 PM
kalchi replied at 20-1-2023 09:14 PM
Anak somebody ke ishraq tu. Salu juga nampak di ig leona. Tapi leona nampak nya tak ngetaste mamat ...

anak orka kamarudin meranun kal oiii...chairman air asia dgn pak tony n ceo tune grup..
Quote dua_chzy 20-1-2023 11:03 PM
Leona dan RMS sekufu dari segi rupa dan gila2 kata akak tetibe.
Quote Incanto 20-1-2023 11:04 PM

anak Kamaruddin

cucu Meranun


Quote Incanto 20-1-2023 11:05 PM
SpyLeman replied at 20-1-2023 10:44 PM
Kesahnyaa....skrg ada lg ke? Patut laa mennatu x berani kondem poligami

masih ada lagi


Quote Lampuled 20-1-2023 11:18 PM
dua_chzy replied at 20-1-2023 11:03 PM
Leona dan RMS sekufu dari segi rupa dan gila2 kata akak tetibe.

RMS tu sape? Ramli MS ke?
Quote hareeeesah 20-1-2023 11:34 PM
Lampuled replied at 20-1-2023 11:18 PM
RMS tu sape? Ramli MS ke?

Raja muda sel la.. kalau ramli ms acik alyah langgar dengar lori pula nanti, dulu langgar kereta marah kat tokram.   
Iols penah nampak rms drive kereta sendiri chill-chill ja xlaju kereta pun xtinted

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064239 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top