Warner Music Malaysia berkongsi gambar penyanyi dan rapper muda tanah air, Bunga, yang menghiasi papan iklan digital gergasi New York Times Square tersebut dengan menulis ucapan tahniah di ruangan kapsyen.
Melihat muat naik dikongsikan Warner Music Malaysia di Instagram itu, Bunga atau pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini ini menitipkan ucapan syukur diruangan komen bagi menggambarkan rasa gembira. Bunga merupakan antara pemuzik tanah air yang diiktiraf dalam kempen Equal oleh Spotify.
IG Hantaran dikongsi Warner Music Malaysia itu juga menarik perhatian warganet dan selebriti seperti Erul Samah. Rata-rata mereka menitipkan ucapan tahniah dan emoji hati dan api sebagai tanda mengagumi penyanyi rap ini diruangan komen. Bakat Bunga dalam industri muzik tidak dapat disangkal lagi, setiap lagu yang dinyanyikan mampu menarik halwa telinga pendengar. Melihat buah tangan terkini Bunga, penyanyi ini tampil dengan lagu baru berjudul Buai memang tidak mengecewakan sesiapa yang mendengarnya. Sumber: Murai
|
AnnaSendin: Haruslah ummah sana meng whoar ...
jargon: Budak ni jnis besar kepala weh ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
3-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.127538 second(s), 43 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.