CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'One Step Closer' Lepas Sarung Cincin, Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Hitung Hari Bahagia

21-1-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5100| Komen: 34

Description: Perkongsian yang dibuat pelakon, Mimi Lana, 28, menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini bagaikan memberi bayangan detik bersejarah dengan buah hatinya, Syafiq Kyle, 31, semakin hampir.Menerusi g ...
Perkongsian yang dibuat pelakon, Mimi Lana, 28, menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini bagaikan memberi bayangan detik bersejarah dengan buah hatinya, Syafiq Kyle, 31, semakin hampir.

Menerusi gambar yang dikongsikan, ia memaparkan aktor tersebut sedang bersedia untuk menyarungkan cincin di jari manis aktres itu, sekali gus menjelaskan hari bahagia pasangan tersebut semakin dekat.


IG Syafiq

Perkongsian itu dihujani pelbagai komen positif daripada pengikut dan peminat yang tidak sabar menanti hari penyatuan pasangan sama cantik sama padan ini.

Turut mendoakan mereka adalah rakan-rakan selebriti, termasuk Elfira Loy, Zahirah Mcwilson,Nur Fazura, Scha Alyahya, Azira Syafinaz, Sherry Alhadad, Adam Lee dan Uyaina Arshad.



Sebelum ini, Syafiq membuat pengakuan telah bersedia untuk menikahi kekasihnya itu pada tahun ini.

Syafiq bagaimanapun, memaklumkan mereka memilih untuk mengadakan upacara pernikahan tanpa majlis pertunangan.



Mimi dan Syafiq menjalin hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu, namun hanya mula terbuka bercerita mengenai perkara itu pada 2019.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 21-1-2023 06:27 PM
Tahniahh both of you ... Please surprise netizen again ... Kawen la senyap senyap in secret wedding ... Macam uqasha and kamal deli ... Moga bahagia sampai jannah
Quote menjad 21-1-2023 06:33 PM
Gitu jer bertunang
Quote jambatannetizen 21-1-2023 06:36 PM
Syafiq ini awek mudaaaaa. Kalau aku taktau, aku ingat umur dia 24 tahun. Rupa dia macam budak2.
Quote jambatannetizen 21-1-2023 06:36 PM
Btw tahniah Mimi. Couple ini bakalan seiring dgn Aiman-Zahirah.
Quote rayna_raynes 21-1-2023 06:41 PM

Entah2 tu photoshoot je. Mungkin tak share full lagi

Quote aammyy 21-1-2023 06:54 PM
Couple yg ada potensi jadi wangi kalau betul2 jaga reputasi.
Quote fezy 21-1-2023 07:15 PM
adelea: Tahniahh both of you ... Pleas ...
uqasha n kamal dulu, mcm xde hint2 gini ke takde ek
Quote diamondhoney 21-1-2023 07:15 PM
Iols ingatkan theyols sebaya
Quote cmf_premierleag 21-1-2023 07:16 PM
Lawanyaa mimi lana
Jari pun runcing2 je
Quote beatgirlX 21-1-2023 07:20 PM
Tak tau nape aku tak sabar nak tunggu majlis diaorg...
Akhirnya.....
Quote nini_azmi 21-1-2023 07:32 PM
Cantik jari mimi, runcing2
Quote doubleA 21-1-2023 07:47 PM
Sapik belakang sikit

Nanti lepas nikoh iols wish ya, sama cantik sama padan la both dah lama bercinta kan
Quote aina_shaira 21-1-2023 07:48 PM
Tahniah, walaupun tak minat mimilana
Quote exclusive_vvip 21-1-2023 08:05 PM
Mimi dgn syafik ni sapa lagi tinggi chuols? Sbb i penah baca kat manatah, tinggi Mimi ni 178cm..mak aiii .. sapik xtau la pulak berapa tinggi dia
Quote Diamondmoney 21-1-2023 08:05 PM
Why sapikkkkk????

Mimilana lawa kot. Sapik je ke ko mampu dpt
Quote rosannazmia 21-1-2023 08:06 PM
exclusive_vvip replied at 21-1-2023 08:05 PM
Mimi dgn syafik ni sapa lagi tinggi chuols? Sbb i penah baca kat manatah, tinggi Mimi ni 178cm..mak  ...

Mimi kena pakai flat shoes lah ni.. selamat bertunang.. pasangan padan
Quote Pujangga22 21-1-2023 09:38 PM
mimi lawa walaupun keding
Quote slyfynx 21-1-2023 09:47 PM
jambatannetizen replied at 21-1-2023 06:36 PM
Syafiq ini awek mudaaaaa. Kalau aku taktau, aku ingat umur dia 24 tahun. Rupa dia macam budak2.

Ku pikir Syafiq Kyle dah kekeliruan jantina.
Hahaha
Awet muda daaaa
Quote qwerty02 21-1-2023 10:11 PM
Tahniah! Semoga dipermudahkan ke fasa seterusnya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065932 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top