Puteri Sarah rasa ringan satu beban selepas failkan penceraian sebelum dia berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari nanti. “Alhamdulillah syukur, semuanya selesai difailkan, rasa lega, satu beban yang telah dilepaskan sebelum saya pergi umrah, lagi sepuluh hari dan semoga nanti tenang-tenang sahaja.
”I am very strong, I have my family, I have Allah dan paling penting I have my kids. ”Saya reda apa yang terjadi, yang penting saya dah failkan,” katanya kepada XTRA. Sementara itu perkongsian bekas peguam yang dikenali sebagai @reinalum di TikTok turut mendapat perhatian ramai pihak. Dia tampil mengulas mengenai legal taktik yang diambil Puteri Sarah berhubung kes rumah tangganya. Menurutnya, permohonan cerai yang difailkam Puteri Sarah adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu, untuk permohonan talak dan ia sebenarnya adalah cara yang betul untuk menuntut talak walaupun individu tersebut adalah lelaki.
Tambahnya lagi, kuasa talak tidak hanya pada lelaki bahkan, perempuan juga boleh membuat permohonan talak dengan syarat, individu tersebut perlulah memaklumkan kepada mahkamah apakah masalah yang berlaku dalam rumah tangga dan sebab mengapa individu tersebut tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. “Saya rasa Puteri Sarah really go all out on this one sebab dia ada banyak sangat point dan saya rasamahkamah tidak akan paksa dia untuk fix the situation. “Dan point Puteri Sarah untuk tidak rela bermadu, berpoligami tanpa kebenaran dia, mahkamah, kelaurga, That’s a pretty strong point,” jelasnya. Manakala, berita mengenai tindakan Puteri Sarah untuk meneruskan saman terhadap Ira Kaza termasuklah ‘jail sentence’ dilakukan adalah berpandukan prinsip aktres berkenaan dan bukannya kerana duit semata-mata. “Dekat sini, mesej puteri Sarah sangat jelas iaitu ‘don’t mess with me’,” ujarnya. Reina turut menjelaskan tentang status perkahwinan pengarah sensasi itu dengan isteri keduanya di Thailand sama ada ia sah ataupun tidak. “Mengikut undang-undang, walaupun isteri pertama tidak tahu dan keluarga suami juga tidak tahu, asalkan cukup syarat, maka perkahwinan itu sah dari segi syarak. “Dan walaupun isteri pertama dan keluarga boleh membantah perkahwinan tersebut, tapi kalau mahkamah dapat tahu yang suami isteri tersebut sudah bersama, mahkamah still boleh override bantahan mereka dan masih boleh daftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia untuk kebaikan pasangan yang baru berkahwin,” katanya. Berdasarkan taktik undang-undang mengenai isu Syamsul cuba menyalahkan Puteri Sarah berkenaan isu tidak balik rumah dan bawa anak-anak berjalan tanpa kebenaran adalah berkemungkinan, dia mahu menetapkan asas bahawa Puteri Sarah sudah nusyuz. Namun, dia memuji tindakan Puteri Sarah apabila tampil memberikan komen balas mengenai video yang dimuat naik oleh suaminya sekaligus menyifatkan aktres itu sebagai ‘fighter’. “Reply Sarah kepada video Syamsul secara jujurnya dan ini adalah pendapat peribadi saya, Sarah is a fighter an the elegant queen. Sebab informasi yang dia bagi hanyalah untuk menyangkal tuduhan Syamsul dan knowledge is power and she has it,” tambahnya. -CARI
|
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 11:53 AM
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri r ...
IzzahF replied at 19-1-2023 11:58 AM
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak menga ...
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 12:02 PM
Kes block tuh bukti2...ko simpan bukti ko kena block, tiada usaha dr jntan xguna, so ko nk mintak ...
HoneyManjer replied at 19-1-2023 12:09 PM
banyak betul thread die nih yer..
kalau sotry ajah kome dah bising dah byk beno threadnye...
IzzahF replied at 19-1-2023 11:58 AM
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak menga ...
she replied at 19-1-2023 12:21 PM
Macik rasa yang power tu MONEY
Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkama ...
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 11:53 AM
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri r ...
she replied at 19-1-2023 12:21 PM
Macik rasa yang power tu MONEY
Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkama ...
IzzahF replied at 19-1-2023 12:09 PM
kan ada perintah injunksi tu, kalo terus g fail cerai sebelum 2 ekor tu ngaku kawen rugila dia
kan ...
ADVERTISEMENT