CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13498|Reply: 126

"Knowledge Is Power And She Has It"-Bekas Peguam Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 19-1-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah rasa ringan satu beban selepas failkan penceraian sebelum dia berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari nanti.


“Alhamdulillah syukur, semuanya selesai difailkan, rasa lega, satu beban yang telah dilepaskan sebelum saya pergi umrah, lagi sepuluh hari dan semoga nanti tenang-tenang sahaja.


”I am very strong, I have my family, I have Allah dan paling penting I have my kids.


”Saya reda apa yang terjadi, yang penting saya dah failkan,” katanya kepada XTRA.


Foto: IG




Sementara itu perkongsian bekas peguam yang dikenali sebagai @reinalum di TikTok turut mendapat perhatian ramai pihak.


Dia tampil mengulas mengenai legal taktik  yang diambil Puteri Sarah berhubung kes rumah tangganya.


Menurutnya, permohonan cerai yang difailkam Puteri Sarah adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu, untuk permohonan talak dan ia sebenarnya adalah cara yang betul untuk menuntut talak walaupun individu tersebut adalah lelaki.


Tambahnya lagi, kuasa talak tidak hanya pada lelaki bahkan, perempuan juga boleh membuat permohonan talak dengan syarat,  individu tersebut perlulah memaklumkan kepada mahkamah apakah masalah yang berlaku dalam rumah tangga dan sebab mengapa individu  tersebut tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.







“Saya rasa Puteri Sarah really go all out on this one sebab dia ada banyak sangat point  dan saya rasamahkamah tidak akan paksa dia untuk fix the situation.


“Dan point Puteri Sarah untuk tidak rela bermadu, berpoligami tanpa kebenaran dia, mahkamah, kelaurga, That’s a pretty strong point,” jelasnya.


Manakala, berita mengenai tindakan Puteri Sarah untuk meneruskan saman terhadap Ira Kaza termasuklah ‘jail sentence’ dilakukan adalah berpandukan prinsip aktres berkenaan dan bukannya kerana duit  semata-mata.


“Dekat sini, mesej puteri Sarah sangat jelas iaitu ‘don’t mess with me’,” ujarnya.





Reina turut menjelaskan tentang status perkahwinan pengarah sensasi itu  dengan isteri keduanya di Thailand sama ada ia sah ataupun tidak.


“Mengikut undang-undang, walaupun isteri pertama tidak tahu dan keluarga suami juga tidak tahu, asalkan cukup syarat, maka perkahwinan itu sah dari segi syarak.


“Dan walaupun isteri pertama dan keluarga boleh membantah perkahwinan tersebut, tapi kalau mahkamah dapat tahu yang  suami isteri tersebut sudah bersama, mahkamah still boleh override bantahan mereka dan masih boleh daftarkan  perkahwinan mereka secara sah di Malaysia untuk kebaikan pasangan yang baru berkahwin,” katanya.


Berdasarkan taktik undang-undang mengenai isu Syamsul cuba menyalahkan Puteri Sarah berkenaan isu tidak balik rumah dan bawa anak-anak berjalan tanpa kebenaran adalah berkemungkinan,  dia mahu menetapkan asas bahawa Puteri Sarah sudah nusyuz.







Namun, dia memuji tindakan Puteri Sarah apabila tampil memberikan komen balas mengenai video yang dimuat naik oleh suaminya sekaligus menyifatkan aktres itu  sebagai ‘fighter’.


“Reply Sarah kepada video Syamsul secara jujurnya dan ini adalah pendapat peribadi saya, Sarah is a fighter an the elegant queen. Sebab informasi yang dia bagi  hanyalah untuk menyangkal tuduhan Syamsul dan knowledge is power and she has it,” tambahnya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri ruang pd si jantan xguna tuk guna alasan nusyuz

Tp xpeelah...dh jd kan..go go gurl...dont waste another 4year times...ko dh pun buang masa 4thn
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol dari haritu tgk dia ni update pasal jakel kebakaran dia kata jakel tu takkan la cukup lengkap dokumen nak claim insurance

Dari situ boleh nampak knowledge is power dia ni bahahaha apek towing kete eksiden pun gelak gelak sambil minum dengan token workshop dan abang insurance pakai tie hahaha
Poweerrrrr angat knowledge awak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:58 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 11:53 AM
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri r ...

dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak mengaku dah kawen, still block bini
tak balik2 setahun, celah mananya nk failkan cerai
mah mahkamah no pos surat pun tak tau nk hantar mana
sampai kerepot la dia kena tggu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 19-1-2023 11:58 AM
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak menga ...

Kes block tuh bukti2...ko simpan bukti ko kena block, tiada usaha dr jntan xguna, so ko nk mintak cerai..ko nk tunggu si samdol tuh lafaz mmg taklah..dh trang2 dia nk torture mental..btw ms nikah kan ada lafaz taklik..dh setahun xdpt nafkah ko dh boleh tuntut cerai..xpyh nk tunggu tuh lafazzzzz. Duit bnyk, suruh jer lawayee tuh jalankan tngjwb
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:09 PM | Show all posts
banyak betul thread die nih yer..
kalau sotry ajah kome dah bising dah byk beno threadnye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2023 12:09 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 12:02 PM
Kes block tuh bukti2...ko simpan bukti ko kena block, tiada usaha dr jntan xguna, so ko nk mintak  ...

kan ada perintah injunksi tu, kalo terus g fail cerai sebelum 2 ekor tu ngaku kawen rugila dia
kan menjadi plan dia. todek punya todek akhinya mengaku jua, maka mmg boleh disumbat si IK ke penjara
dah settle semua baru la dia fail cerai. kalo tak semua kena kat muka dia balik
tu sbb SY tu drag bertahun2 nk bg PS hilang kesabaran
org kalo dah benci mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:10 PM | Show all posts
HoneyManjer replied at 19-1-2023 12:09 PM
banyak betul thread die nih yer..
kalau sotry ajah kome dah bising dah byk beno threadnye...

time ni la wartawan cari nk cari makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik rasa yang power tu MONEY

Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkamah syariah
Komer pergi ler menengok
Hari2 ada aje bersusun warga hawa ni
Bila masuk bersidang
Hakim kata wajib bawa lawyer

Hmmm
Mana lah dorang ni mampu nak hore lawyer
Nak assign lawyer singgit tu kena pegi mengadap HQ yang beza daerah

Cuba banyak duit macam PS
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:24 PM | Show all posts
ntah2 my sister boleh jumpa dia sbb dia pun berangkat ke Mekkah pada 26 jan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:30 PM | Show all posts
IzzahF replied at 19-1-2023 11:58 AM
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak menga ...

kan....da keluar gua baru senyap balik...good job PS...tapi lepas ni kalau ada reporter or mina bungkus nak cucuk nk korek rahsia...jawab je lagi kes mahkamah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla tambah ilmu dari kes diorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:45 PM | Show all posts
she replied at 19-1-2023 12:21 PM
Macik rasa yang power tu MONEY

Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkama ...

Yang ni betul sangat. Kebanyakan perempuan yang jadi mangsa mcm ni bukannya tak mau fight. Tapi duit yang tak ada untuk hire layer. Kalau drag..lagi la lama guna duit. Last2 ramai yang jadi mangsa ketidak adilan. Nak tau jugak..kalau kes mcm ni ada peguam pro bono tak?

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:54 PM | Show all posts
aku suka dengar si raina ni bercakap. opinion dia on both sides and tak influenced by personal emotion
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa reina ckp betul lah tu. Dari legal point of view kan.

Sarah memekak kat social media pun taktik juga untuk sol keluar dari gua.

So yeay. PS 1. Sol 0
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 11:53 AM
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri r ...

Tu masalahnya bila suami dh jd suami demand kasih syg dr isteri..cuba masatu jgn syg suami sgt2... Xdela nk bg peluang dh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn over konfiden sgt dik,
anything can happen kat dlm bilik bicara tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:47 PM | Show all posts
she replied at 19-1-2023 12:21 PM
Macik rasa yang power tu MONEY

Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkama ...

Tak jugak you.  Ramai je kenkawan ai yg berduit, tetap kena sidai kat mahkamah.  Makan tahun.  Contoh terdekat is bekas bini anak arwah Naza tu.  Family ex-bini pun berduit.  Berlawyer .  Tapi tetap bersidai.  Ini yang buat aku marah dgn sistem mahkamah syariah.  Dan tengok la mcm mana ostad2 jantan (dan ostazah2 jugak) yang dok feed dlm ceramah bab hukum bini mintak cerai tanpa menerang dan mengupas dgn lebih dalam.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 19-1-2023 12:09 PM
kan ada perintah injunksi tu, kalo terus g fail cerai sebelum 2 ekor tu ngaku kawen rugila dia
kan ...

Hm betul jugak kan. Baru paham taktik dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:08 PM | Show all posts
aku suka dgr lawyer ni explain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.111954 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list