CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

GV Musim Depan, Elly Mazlein Atau Jihan Muse?

19-1-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5692| Komen: 87

Description: Kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggantikan Jihan Muse yang cuti bersalin sebelum ini diterima baik sehingga ada meminta kedudukan penyanyi dan ...
Kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggantikan Jihan Muse yang cuti bersalin sebelum ini diterima baik sehingga ada meminta kedudukan penyanyi dan pelakon itu dikekalkan.


Ramai menyifatkan Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina berjaya menghidupkan program tersebut dengan aksi bersahajanya selain memberi nafas baharu terhadap program popular berkenaan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro berhubung persoalan sama ada dia bakal kembali menerajui program tersebut atau sebaliknya.

Foto: IG

Kata Jihan, sebagai seorang pekerja yang mengikut kehendak stesen televisyen, dia tidak mempunyai hak untuk mengekalkan kedudukan sebagai hos program tersebut.

"Saya tak berani cakap sebab itu keputusan pihak Astro. Kalau mereka rasa itu lebih baik, mungkin sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program tersebut termasuk dari segi rating tontonan.


"Kita nak cakap apa... kita kerja makan gaji, kan? Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita buat. Saya positif sahaja kerana bagi saya, Insya Allah rezeki itu sentiasa ada," katanya kepada mStar.



Pada sidang media berkenaan, Jihan diumumkan sebagai hos acara berprestij itu bergandingan dengan Sherry Alhadad.

Dalam pada itu, Jihan mengakui dia sendiri terhibur dengan aksi Elly mengendalikan GV9 bersama Nabil dan menyifatkan penyanyi itu seorang hos yang baik.

Ini kerana kata Jihan, bukan mudah untuk menghiburkan penonton setiap minggu dan Elly berjaya dengan caranya tersendiri.

"Saya memang dah dapat agak kalau tak Kak Lina, Sherry akan menggantikan saya. Alhamdulillah, bila saya tengok Kak Lina terpilih saya gembira dan program itu berjaya.

"Saya rasa lagi 'boom' sebab sejujurnya sebagai penonton kita pun nak tengok benda baru. Tambahan pula negara baru habis PKP, semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 paling best," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkininya, Jihan berkata, sejak melahirkan anak kedua tumpuannya lebih tertumpu kepada keluarga dan bersikap memilih tawaran diberikan kepadanya.

"Sekarang memang saya beri keutamaan kepada keluarga. Sekiranya ada tawaran tidak menganggu masa bersama keluarga, Insya Allah memang saya akan buat.

"Tapi apa yang saya boleh katakan, kini saya memang utamakan keluarga terlebih dahulu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 19-1-2023 10:57 AM
Aku lagi suka kak lina pom pom.. Jihan so lame..
Quote cmf_shya 19-1-2023 10:59 AM
kak lina pompom


Quote rrgal 19-1-2023 11:03 AM
kak lina pompom
Quote ezacbee 19-1-2023 11:14 AM
Saya rasa lagi 'boom' sebab sejujurnya sebagai penonton kita pun nak tengok benda baru. Tambahan pula negara baru habis PKP, semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 paling best," katanya.


Dah boleh pencen si jihan
Quote beta_carotene 19-1-2023 11:19 AM
kak lina pompom nombor syatuu

jihan is so yesterday
Quote slyfynx 19-1-2023 11:23 AM
Aku pilih Ruminah Sidek
Quote TomyamPuteh 19-1-2023 11:24 AM
Cer try ambik Kak Ogy. Sah2 next level.
Quote Fazzbulous 19-1-2023 11:28 AM
mesti JM tak sangka kepom blh jd pngcra lg baik dr dia...tak perlu lawak menyindir2 org pun blh no syatu...
Quote jihyomelly 19-1-2023 11:30 AM
kepom tetap no syatuuuuuuuuu
Quote insyi81 19-1-2023 11:31 AM
i suka kak lina .tp sian jihan xde job pulak nnt
Quote jiwakacau06 19-1-2023 11:31 AM
kak lina pompom
Quote faiz-za 19-1-2023 11:35 AM
Vote for kak kepom
Quote suhailana 19-1-2023 11:36 AM
Of course la kak lina, no syatuuu
Quote rain2169 19-1-2023 11:39 AM
yezzaaa... of course I choose kepom...
Jihan boring.... (sorry.....)
Quote 3chanceno 19-1-2023 11:39 AM
Shiera ijoy????:
Quote KamikuP 19-1-2023 11:40 AM
i love kaka kepom she let herself out yaaach
Quote canopy_copy 19-1-2023 11:41 AM
Aku tgk GV pun sebab kak lina pom pom...harus la aku vote for kak lina
Quote marchikobonzo 19-1-2023 11:43 AM
Kepom please!!
Quote woven11 19-1-2023 11:48 AM
Kesian jihan.. dia yang naikkan program tu dari awal.. kena caras dgn elly..

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.197934 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top