CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Julia Roberts Terkejut Tiada DNA Roberts - 'Jadi, Kami Mitchells?'

13-1-2023 08:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2805| Komen: 13

Aktres Amerika Syarikat (AS), Julia Roberts terkejut apabila diberitahu bahawa nama keluarganya yang tekenal di dunia adalah tidak tepat, lapor laman berita Page Six.

Pelakon filem komedi Pretty Woman berusia 55 tahun itu membuat kemunculan dalam sebuah program televisyen keluaran syarikat Ancestry, Finding Your Roots baru-baru ini.



Page Six/Ancestry/YouTube

Julia diberitahu bahawa muitnya, Rhoda Suttle Roberts telah menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin selepas suami Rhoda, Willis Roberts meninggal dunia.

“Menggali ke dalam arkib Daerah Georgia, kami mendapat tahu bahawa pada tahun 1850-an, Rhoda berkahwin dengan lelaki bernama Willis Roberts.

“Julia membawa nama keluarga Willis, tetapi Willis meninggal dunia pada 1864, lebih sedekad sebelum Rhoda melahirkan moyang Julia, John. Ia membawa kesimpulan yang tidak dapat dielakkan,” kata hos rancangan tersebut, Dr. Henry Louis Gates Jr. 


Melalui arkib asid deoksiribonukleik (DNA) dan kerja genealogi, Gates mendapati Willis ‘tidak mungkin’ menjadi muit kepada Julia.

Julia yang kelihatan terkejut kemudian bertanya: “Tetapi adakah saya bukan Roberts?”

Gates berkata bahawa dia telah memeriksa DNA Julia dalam usaha untuk mencari padanan untuk muit kandungnya.

“Kami menemui beberapa padanan yang menghubungkan Julia dan sepupunya dengan seorang lelaki, Henry McDonald Mitchell Jr.,” kata profesor Universiti Harvard itu.

“Jadi, kami Mitchells?” Julia bertanya, dengan Gates kemudian mengesahkan bahawa dia memang Julia Mitchell.


Page Six

Dalam pendedahan yang lebih memalukan, Gates berkata bahawa Henry telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah dan mendapat enam anak sebelum dia bercinta dengan muit Julia, Rhoda.

“Ini adalah pendedahan yang sangat tidak dijangka,” tambah Julia. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 13-1-2023 08:38 PM
Banyak kes curang main kayu tiga menyundal sana sini tabur benih merata2 zaman tok kadok terbongkar dengan test kit dna ancestry finding roots website susur galur family ni yach.
Quote makita 13-1-2023 09:49 PM
mizzmimi replied at 13-1-2023 08:38 PM
Banyak kes curang main kayu tiga menyundal sana sini tabur benih merata2 zaman tok kadok terbongkar  ...

Tu la kantoi oncet onyang yg dah jadi fosil curang.
Quote haifawehbe 14-1-2023 03:47 AM
iols suka tgok rancangan ni.. byk hollywood celebrity dlm ni.. mmg betul2 details dorg gali balik sejarah ancestor siap cek nama 1 by 1 buku rekod hamba zaman dulu..
Quote borrow 14-1-2023 11:09 PM
haha .. kantoi. Emma pun dah boleh tukar surname. Tk pnh tgk show ni.
Quote _blackbird 15-1-2023 03:53 PM
kalau kat malaya pon buat gini, byk keluarga yg berantakan akibat kecurangan generasi sebelum nya
Quote makita 15-1-2023 03:59 PM
_blackbird replied at 15-1-2023 03:53 PM
kalau kat malaya pon buat gini, byk keluarga yg berantakan akibat kecurangan generasi sebelum nya

Igt tak mamat filipino duk US nak cari bapak dia. Ujung2 disenyapkan sbb bapaknya dah jadi ahli mesejid dan x berminat nak bersilaturahim dgn anak. Mesti pacik tu x terfikir wife dan anak2 boleh tahu rahsia puluh tahun silam
Quote _blackbird 15-1-2023 04:45 PM
makita replied at 15-1-2023 07:59 AM
Igt tak mamat filipino duk US nak cari bapak dia. Ujung2 disenyapkan sbb bapaknya dah jadi ahli me ...

tak tau cerita ni. bapak nya kapir ke islam?
Quote fofuler 18-1-2023 01:30 PM
Edited by fofuler at 18-1-2023 01:32 PM

Dabel posting-
Quote fofuler 18-1-2023 01:31 PM
makita replied at 15-1-2023 03:59 PM
Igt tak mamat filipino duk US nak cari bapak dia. Ujung2 disenyapkan sbb bapaknya dah jadi ahli me ...

Oh yang ni kesian, innocent gila dia tanya kat fb group tu, hujung2 kena whoareyus. What a sad closure. Budaya kita tak berapa nak iktiraf lovechild ni...
Quote annehuda 18-1-2023 05:54 PM
fofuler replied at 18-1-2023 01:31 PM
Oh yang ni kesian, innocent gila dia tanya kat fb group tu, hujung2 kena whoareyus. What a sad clo ...

Lagi kesian tu dia pakai nama pakcik pilot tu kan jadi surname. Sbb dia kristian.  Harap2 depan public die mcm ni,kat belakang still lagi contact anak die sbb nmpk anak dia sgt baik dan sebijik mcm muka pakcik pilot kaki pancut merata tu
Quote supernaturalee 19-1-2023 05:15 PM
_blackbird replied at 15-1-2023 03:53 PM
kalau kat malaya pon buat gini, byk keluarga yg berantakan akibat kecurangan generasi sebelum nya

harta pusaka jugak

anyway...she will always be a pretty woman



Quote rosa_canina 25-1-2023 10:11 AM
Edited by rosa_canina at 25-1-2023 10:13 AM
makita replied at 15-1-2023 03:59 PM
Igt tak mamat filipino duk US nak cari bapak dia. Ujung2 disenyapkan sbb bapaknya dah jadi ahli me ...

kan.. kesian dia..rsnya mmg pacit tu tak sangka akan dijejak kasih lps berpuluh2 tahun..  

Quote lola0311 27-1-2023 09:47 AM
annehuda replied at 18-1-2023 05:54 PM
Lagi kesian tu dia pakai nama pakcik pilot tu kan jadi surname. Sbb dia kristian.  Harap2 depan pu ...

mcm pernah dgr apa fb mamat tu?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076017 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top