Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mungkin bakal berakhir tidak lama lagi selepas Sarah dikatakan akan menuntut penceraian di mahkamah pada Isnin depan. Mengulas mengenai perkara itu, Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul. Memetik Berita Harian, akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku. "Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu. "Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
"Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan," katanya kepada BH Online. Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini. Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera. Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga. Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu. Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu. Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku. Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.
|
likilu replied at 13-1-2023 05:45 PM
Dah dah la gaslight menantu tu
Mana kelab sisters in Islam masa ni la nak datang hulur support woman ...
rastaf replied at 13-1-2023 06:21 PM
Payah2 sgt lepas cerai tok kawinkan aje sarah dengan sapik.. macam dlm drama tu
edayildiz replied at 13-1-2023 06:28 PM
xyah la ps..ko tgk sol tu mcm xde mslh..rilek jer dk post kt tmpt shooting..dia xheran dh tu..biar d ...
ADVERTISEMENT