CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Panik Kampung Diserang Harimau Bintang Kelaparan

29-12-2022 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1471| Komen: 10

Seekor harimau bintang mengamuk di sebuah perkampungan kecil di India dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang ketika mencari makanan, lapor akhbar Daily Star.

Haiwan itu berkeliaran di perkampungan dalam negeri Assam, timur laut India Isnin lalu dengan menyerang 10 penduduk di Institut Penyelidikan Hutan Hujan di Chenijan.


Seekor harimau bintang melompat ke arah sebuah kenderaan di sebuah kampung kecil di negeri Assam. - Daily Star

Ia juga menyerang beberapa kakitangan pekerja kerana kelaparan.

Seorang lelaki, Ranjit Konwar dari institut itu memberitahu media tempatan: “Harimau bintang itu menyerang dua pegawai hutan pada waktu pagi. Haiwan itu menjadi sangat agresif dan kami telah meletakkan perangkap di dalam kampus untuk menangkapnya.”


Semua usaha untuk menangkap harimau bintang itu tidak berjaya dan rakaman video yang diambil oleh penduduk tempatan menunjukkan kawasan itu menjadi huru-hara.

Satu lagi rakaman video menunjukkan haiwan itu melompat ke atas pintu pagar tinggi dan merempuh sebuah kenderaan sebelum berlari ke arah lain. 

Antara yang cedera ialah dua kanak-kanak dan seorang wanita, lapor Times of India. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2022 09:55 AM
Seriaunya tngok rimau tu serang kenderaan. Mesti lapar giler2 nih..
Quote ketambangkang 1-1-2023 11:17 AM
tak bole bayang kalau ade bdk2 kecik main2 depan rmh tibe2 dia dtg kelaparan
Quote Tinot7 1-1-2023 11:38 AM
Bideo mana?
Sana mmg hewan ganazz sbb tak cukup mkn
Quote missbigrockstar 1-1-2023 02:21 PM
Cantiknya corak rimau bintang ni.
Quote Artemesiaa 1-1-2023 02:23 PM
Ada pemburu haram dah ambik anaknya ke macam mana sampai ia nak serang orang
Quote edayildiz 1-1-2023 03:19 PM
seramnyaaa..dah dia blh panjat pokok kan spesis cheetah ni..
Quote Skuau 1-1-2023 03:54 PM
dendam seusia dunia si cheetah...
Quote Decaffeinated 1-1-2023 04:19 PM
Tinot7 replied at 1-1-2023 11:38 AM
Bideo mana?
Sana mmg hewan ganazz sbb tak cukup mkn

Kajian mana ni?

Quote Tinot7 2-1-2023 12:50 PM
Decaffeinated replied at 1-1-2023 04:19 PM
Kajian mana ni?

Cer tgk contoh di atas.
Dan bideo2 di bawah:

[youtube]lkuxmBv4scM[/youtube]

[youtube]vDixb25puyM[/youtube]

[youtube]kTsc1U9OXHQ[/youtube]

[youtube]KNaSqJB2Gs0[/youtube]

Iols tak pernah pi area2 bangla ka india ka.. kalau decaff pi sana, kena makan dek rimau ka kucen lain2 ka, jgn lupa hantaq SS kat kami utk tatap yachh..

Aritu kata nak bg gayah tala bonts hang. Jadi ke dak nak buktikan lepaih kena tala bonts, tak jadi gayah jugakk?
Quote Decaffeinated 2-1-2023 01:13 PM
Sana mmg hewan ganazz sbb tak cukup mkn

aku tanya mana dapat fakta kat atas tu perlu ka sebegini sentap?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.030191 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top