Seramai tujuh individu diberkas polis di negeri barat India selepas didakwa membelasah seorang tentera sehingga mati. Berdasarkan laporan polis, Melaji Vaghela diserang selepas berang dengan penyebaran video lucah membabitkan anak perempuannya yang tular dalam media sosial.
Laporan dibuat oleh isteri mangsa, Manjula selepas mangsa diserang di daerah Kheda, Gujarat, pada malam Sabtu lalu. Mangsa yang bekerja dengan pasukan keselamatan sempadan India, asalnya berkunjung ke rumah seorang remaja lelaki yang dipercayai memuat naik video tersebut, lapor BBC. Vaghela ditemani isteri bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya pergi ke rumah remaja lelaki itu berhubung penyebaran video tersebut.
Kunjungan yang menuntut penjelasan sebenar akhirnya bertukar menjadi pergaduhan sehingga menyebabkan tuan rumah menyerang mangsa dan ahli keluarganya dengan kayu dan objek tajam. Vaghela mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta-merta. Serangan turut menyebabkan isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan, manakala seorang anak lelaki mangsa kini berada di hospital akibat kecederaan di kepala. Sumber: Utusan
|
Perwira2022 replied at 28-12-2022 07:35 AM
Tentera tapi mati kena pukul remaja.
Citer ni tak logik. Macam tak logik Sepol Baukari tinggi 6 ka ...
Zack8hunter replied at 28-12-2022 07:37 AM
7 org muda bantai dia kot
orangbiasaje replied at 28-12-2022 06:28 AM
Jap...Vaghela(suspek) pergi ke rumah remaja lelaki (kawan mangsa). Jadi kenapa 'tuan rumah' menyeran ...
krustykrab replied at 28-12-2022 11:37 AM
Video sex Anak vaghela yg di viralkan..dia ke rumah budak lelaki yg dipercayai memviralkn video tu ...
ADVERTISEMENT