View: 1222|Reply: 12
|
Tentera Maut Dibelasah Gara-gara Video Lucah Anak Tersebar
[Copy link]
|
|
Seramai tujuh individu diberkas polis di negeri barat India selepas didakwa membelasah seorang tentera sehingga mati.
Berdasarkan laporan polis, Melaji Vaghela diserang selepas berang dengan penyebaran video lucah membabitkan anak perempuannya yang tular dalam media sosial.
The New Indian Express
Laporan dibuat oleh isteri mangsa, Manjula selepas mangsa diserang di daerah Kheda, Gujarat, pada malam Sabtu lalu.
Mangsa yang bekerja dengan pasukan keselamatan sempadan India, asalnya berkunjung ke rumah seorang remaja lelaki yang dipercayai memuat naik video tersebut, lapor BBC.
Vaghela ditemani isteri bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya pergi ke rumah remaja lelaki itu berhubung penyebaran video tersebut.
Kunjungan yang menuntut penjelasan sebenar akhirnya bertukar menjadi pergaduhan sehingga menyebabkan tuan rumah menyerang mangsa dan ahli keluarganya dengan kayu dan objek tajam.
Vaghela mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta-merta.
Serangan turut menyebabkan isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan, manakala seorang anak lelaki mangsa kini berada di hospital akibat kecederaan di kepala.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Jap...Vaghela(suspek) pergi ke rumah remaja lelaki (kawan mangsa). Jadi kenapa 'tuan rumah' menyerang mangsa dan ahli keluarganya? Bukan yang berkunjung tu ke yang menyerang?
Pastu mangsa ni ada anak dan isteri, tapi dok sebarkan video lucah anak perempuan orang. Haish... |
|
|
|
|
|
|
|
Vaghela (tentera/mangsa) pergi rumah remaja lelaki nk mintak penjelasan knp pergi sebar video lucah anak dia. Tup tup tuan rumah berang pergi serang vaghela dan ank beranak. Tak pasal |
|
|
|
|
|
|
|
bidio disebarkan oleh tentera
tentera dipukul oleh sipukul
or bapak mangsa pukul penyebar bidio
pening oii |
|
|
|
|
|
|
|
mujur la wartawan Utusan yg translate
kalau wartawan CARI yg tulis, lagi la kita pening nk fhm hujung pangkal berita |
|
|
|
|
|
|
|
Berbelit2 la samdol tu tulis berita. |
|
|
|
|
|
|
|
ok jer aku baca berita ni.. Si bapa dtg rumah si jantan taguna nk hamun sbb pi sebarkan video lucah anak dia..tp last2 dia yg kene serang blk by si jantan taguna..
apa perasan anak pompuan dia tu erk? leh senang2 pi bg video sendri kt jantan taguna, dah bila dah tersebar, bapak pulak mati kene bunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera tapi mati kena pukul remaja.
Citer ni tak logik. Macam tak logik Sepol Baukari tinggi 6 kaki boleh diliwat orang tua seperti Anwar. |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 28-12-2022 07:35 AM
Tentera tapi mati kena pukul remaja.
Citer ni tak logik. Macam tak logik Sepol Baukari tinggi 6 ka ...
7 org muda bantai dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 28-12-2022 07:37 AM
7 org muda bantai dia kot
Movie Tamil aku tengok hero selamba je belasah gangster 1 kampung. Tu hero polis je. Kalau tentera lagi power. |
|
|
|
|
|
|
|
xde sape nak lukis ke
berbelit² cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 28-12-2022 06:28 AM
Jap...Vaghela(suspek) pergi ke rumah remaja lelaki (kawan mangsa). Jadi kenapa 'tuan rumah' menyeran ...
Video sex Anak vaghela yg di viralkan..dia ke rumah budak lelaki yg dipercayai memviralkn video tu. Vaghela dan family diserang masa kat rumah budak lelaki tu. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-12-2022 11:37 AM
Video sex Anak vaghela yg di viralkan..dia ke rumah budak lelaki yg dipercayai memviralkn video tu ...
I see. Reverse uno... |
|
|
|
|
|
|
| |
|