Oleh : Fyruz Hanna
Sungguh menginsafkan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ketika membaca kisah adik bernama Fatihah. Cerita kedaifan sebegini sememangnya mengajak kita bersyukur dengan nikmat tuhan kepada kita. Dia tidak memilih untuk melanggar peraturan sekolah dengan sengaja namun kerana kesempitan hidup, dia tetap ke sekolah walaupun tahu 'stokin merah' itu jelas melanggar peraturan sekolah. Jom baca kisah hasil perkongsian daripada Cikgu Mas Kaz dalam fbnya:
Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu. Dialog antara kami seperti berikut… Cikgu Mas Kaz: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih. Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli. Cikgu Mas Kaz: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli? Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut. Cikgu Mas Kaz: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan) Cikgu Mas Kaz: Ayah awak tak kerja ke? Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji. Cikgu Mas Kaz: Ayah kerja di mana? Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi) Cikgu Mas Kaz: Pergi sekolah bawa duit tak? Fatihah: Bawa, seringgit. Cikgu Mas Kaz: Mana ibu dapat duit? Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya) Cikgu Mas Kaz: Di rumah selalu makan apa? Fatihah: Makan sayur. Cikgu Mas Kaz: Dapat dari mana? Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai. Cikgu Mas Kaz: Lauk pula? Cikgu Mas Kaz: Ayah mancing di lombong. Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah. Cikgu Mas Kaz: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh? Fatihah: *hanya sekadar mengangguk Cikgu Mas Kaz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai. -CARI Infonet.
|
7
Bagus |
2
Marah |
Terkejut |
3
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dzaraa replied at 10-9-2015 08:35 AM
pagi pagi dah ada org kupas bawang ker..............
selalu bekalkan lebih anak bawa mak ...
ADVERTISEMENT