CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekecohan Perlawanan Malaysia Dengan Arab Saudi Didalangi Sindiket

10-9-2015 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5098| Komen: 28

Description: Kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Selasa lepas didakwa didalangi sindiket perjudian atau bookie.
Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.utusan.com.my/



Kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Selasa lepas didakwa didalangi sindiket perjudian atau bookie.

Muka depan China Press pada hari ini melaporkan, disebabkan kedudukan 2-1 antara Arab Saudi dan Malaysia tidak berpihak kepada perhitungan bookie, sindiket berkenaan akhirnya memilih menimbul kekecohan dengan tujuan menamatkan pertandingan.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, berdasarkan wang perjudian yang diterima, bookie dikatakan akan menanggung kerugian besar jika Malaysia hanya mengalami kekalahan kecil dalam perlawanan menentang Arab Saudi.

Dengan menyebabkan perlawanan tidak dapat dihabiskan, maka perjudian juga ditamatkan sekaligus mengelak bookie menanggung kerugian.


Difahamkan, bookie telahpun mengisytiharkan bahawa perjudian dalam perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi menjadi tidak sah.

Ramai penjudi juga tidak berpuas hati dengan ‘pengisytiharan’ tersebut dan menuduh sindiket perjudian menghantar orang untuk mensabotaj aksi Malaysia melawan Arab Saudi.

Dalam pada itu, sumber polis tidak menafikan kemungkinan kekecohan di Stadium Shah Alam adalah didalangi bookie.- CARI Infonet

10

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
34

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-9-2015 04:06 PM
Tolong siasat.......
Quote Mary_jane 10-9-2015 04:08 PM
Sindiket ka atau ultras punya kerja? Eh mana satu ni
Quote tentera_laut 10-9-2015 04:12 PM
takde kaitan .. ni ultras punye kerja
Quote gaara_X 10-9-2015 04:15 PM
memacam hal ler deme nie....kejap angkara ultras..kejap angkara bookie....sama cam isu 1MDB laa...kejap sumbangan....last² derma....terus jadi halal....
Quote +#$!= 10-9-2015 04:15 PM
China Press syok sendiri
Quote sekel 10-9-2015 04:16 PM
bookie yg pokie
Quote jofizo 10-9-2015 04:17 PM
bila masa pula puak nih minat pasal bola harimau malaya nih....

time club EPL mai je baru nampak muka.....
Quote mommymonster82 10-9-2015 04:22 PM
Haiyo.....
Quote spiderman80 10-9-2015 04:27 PM
Adakah dakwaan ini bermakna bookie haram sudah menyelamatkan air muka FAM?
Quote JohnPuteh 10-9-2015 04:28 PM
kah kah kah...
Quote mamat2009 10-9-2015 04:47 PM
huhu. nk tutup isu
Quote tritium 10-9-2015 04:49 PM
Takkan taktau. Ultras kalu tenampak bookie trus dibuat lauk
Quote penari 10-9-2015 04:57 PM
andaian paling bodo...pui
Quote mdhelmi 10-9-2015 05:02 PM

ada flare yg sedang dibakar
bole scan dan tangkap org itu....kalo mampu
Quote cinamedun 10-9-2015 05:44 PM
orang malon udah biasa gan kelakuan cem gitu , kalah bola lawan arab lalu baling baling bambu eh  mercun gak tau malu
Quote boyagombak 10-9-2015 06:05 PM
So ini Bookie punya Flares, Ultras dapat namalah
Quote axl_bach 10-9-2015 06:14 PM
jofizo replied at 10-9-2015 04:17 PM
bila masa pula puak nih minat pasal bola harimau malaya nih....

time club EPL mai je baru nampak  ...

Sejak LK49 meledak bro...... lol
Quote wana89 10-9-2015 06:29 PM
cinamedun replied at 10-9-2015 05:44 PM
orang malon udah biasa gan kelakuan cem gitu , kalah bola lawan arab lalu baling baling bambu eh  me ...

Mohon jangan bawa perangai indon kesini..jangan provok hokay..nak berforum,hormat tuan rumah,kalo xnak sila berambus ke kuskus sana
Negara ko dah buat banyak masalah kat malaysia ni xsedar pula..dari TKI sampai jerebu..xsedar pula
Jerebu takat mintak mahap jer.. tahun depan berlaku lagi,mintak mahap lagi..ulanglah sampai kiamat
Quote mehmet 10-9-2015 06:33 PM
mdhelmi replied at 10-9-2015 05:02 PM
ada flare yg sedang dibakar
bole scan dan tangkap org itu....kalo mampu

ultra yg bijak ,biasa dia pakai topeng...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075395 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top