Kes penceraian di negara kita semakin hari semakin tinggi. Bagaimanapun alasan diberikan suami isteri yang berpisah ini adakalanya tidak masuk akal.
Walaupun kedengaran mengarut, tetapi begitulah realiti yang berlaku pada zaman ini. Percaya atau tidak tetapi itulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila si suami memilih untuk berpisah dengan menjatuhkan talak terhadap isterinya. Walaupun soal talak sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dalam konflik rumah tangga, nampaknya lelaki tersebut nekad untuk meleraikan ikatan perkahwinannya. Menurut Farizal Radzali yang berkongsi kisah rumah tangga lelaki ini di Facebook, si suami mengalami trauma apabila isterinya berubah sikap menjadi wanita garang dan suka memarahinya sejak hamil anak kedua mereka.
“Hari ini kami dapat kes cerai. Permohonan dari pihak suami. Kedua-duanya dalam usia awal 30an. Ada dua orang anak. Anak pertama tiga tahun, anak kedua berusia tiga bulan. “Si suami nak bercerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin. “Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah lembut. Tak banyak cakap dan suaranya rendah. Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah,” katanya. Malah, sejak anak kedua itu dilahirkan, isterinya masih tidak berubah kerana tetap marah-marah dan selalu menjerit pada anak pertama. Menurut lelaki yang memiliki suara perlahan dan lemah lembut itu juga, dia sendiri terkejut apabila si isteri menjerit. Luah lelaki itu lagi, walaupun sudah bersabar dan menegur isterinya berkali-kali, tetapi tiada sebarang perubahan berlaku. Mengaku tidak lagi bahagia tinggal di rumah sendiri, jiwanya lebih tenang saat keluar pergi kerja kerana tak perlu mendengar jeritan isterinya. “Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang apabila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut. “Ya ayatnya dia takut dengan isteri sendiri. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikiran untuk bercerai. Kami sudah minta hadir kaunseling di mahkamah tapi katanya dah pergi. “Dia macam dah trauma dengan isteri. Saya tanya tak akan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja,” imbasnya lagi. Memahami apa yang menjadi penyebab wanita ini berubah, Farizal menitipkan pesanan kepada golongan suami di luar sana berhubung isu isteri berubah sikap selepas kahwin. Golongan suami mungkin terlepas pandang untuk menyelami sebab utama mengapa pasangan berubah drastik selepas kahwin. Terutama sekali golongan suri rumah, Farizal berkata, mereka memikul beban yang lebih banyak seperti menguruskan kerja rumah serta anak-anak berbanding sebelum berkahwin. Keletihan dialami isteri di rumah cenderung untuk mengganggu tahap emosi mereka setiap hari. "Dia berubah mengikut keadaan. Lihatlah mana-mana wanita bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya dua orang anak. “Dulu masa sebelum kahwin dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah (kejiranan) boleh dengar suara dia. “Jangan pelik ini terjadi kepasa semua para ibu kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin,” ujar wanita ini lagi. Hantaran dibuat Farizal ini menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen memahami perubahan sikap wanita itu semakin lama lama usia perkahwinan mereka. “Nak bagi isteri sentiasa lemah gemalai upahlah orang gaji. Seorang jaga anak, seorang tukang masak, seorang kemas rumah. Si isteri hanya layan suami dan anak saja. “Isteri hadap benda sama hari-hari. Suami bila keluar dari rumah segala beban ditanggung akan lupa sekejap tapi isteri kena hadap keadaan sama tanpa ada peluang nak lepaskan tekanan yang ada. “Tak ada kerjasama boleh jadi sebab. Ramai saja kawan-kawan yang isteri maintain lembut sebab suaminya helpful. Duit tak berapa (ada) sangat tapi suaminya ringan tulang. Tahu peranan bila pasangan susah,” komen netizen di Facebook. -CARI Sumber: mStar Online
|
ifanonline replied at 19-12-2022 10:30 AM
wanita zaman kini memang tidak berkualiti, sukar mencari isteri yg berkualiti memandangkan wanita2 k ...
jejaka_hensem replied at 19-12-2022 10:53 AM
Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri t ...
jejaka_hensem replied at 19-12-2022 10:53 AM
Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri t ...
nononcrux replied at 19-12-2022 12:38 PM
nak citer belah perempuan je problem.. yg lakinya problem apa pula? setakat "lelaki yang memiliki su ...
ADVERTISEMENT