CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3906|Reply: 65

Belum Kahwin Lemah Lembut, Dah Ada Dua Anak Jadi Garang Nak M*mpus- Suami Takut Balik Rumah Nak Bercerai Dengan Isteri

[Copy link]
Post time 19-12-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Kes penceraian di negara kita semakin hari semakin tinggi.


Bagaimanapun alasan diberikan suami isteri yang berpisah ini adakalanya tidak masuk akal.


Walaupun kedengaran mengarut, tetapi begitulah realiti yang berlaku pada zaman ini.


Percaya atau tidak tetapi itulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila si suami memilih untuk berpisah dengan menjatuhkan talak terhadap isterinya.




Gambar Hiasan




Walaupun soal talak sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dalam konflik rumah tangga, nampaknya lelaki tersebut nekad untuk meleraikan ikatan perkahwinannya.


Menurut Farizal Radzali yang berkongsi kisah rumah tangga lelaki ini di Facebook, si suami mengalami trauma apabila isterinya berubah sikap menjadi wanita garang dan suka memarahinya sejak hamil anak kedua mereka.


“Hari ini kami dapat kes cerai. Permohonan dari pihak suami. Kedua-duanya dalam usia awal 30an. Ada dua orang anak. Anak pertama tiga tahun, anak kedua berusia tiga bulan.


“Si suami nak bercerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.


“Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah lembut. Tak banyak cakap dan suaranya rendah. Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah,” katanya.


Malah, sejak anak kedua itu dilahirkan, isterinya masih tidak berubah kerana tetap marah-marah dan selalu menjerit pada anak pertama.


Menurut lelaki yang memiliki suara perlahan dan lemah lembut itu juga, dia sendiri terkejut apabila si isteri menjerit.


Luah lelaki itu lagi, walaupun sudah bersabar dan menegur isterinya berkali-kali, tetapi tiada sebarang perubahan berlaku.


Mengaku tidak lagi bahagia tinggal di rumah sendiri, jiwanya lebih tenang saat keluar pergi kerja kerana tak perlu mendengar jeritan isterinya.


“Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang apabila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.


“Ya ayatnya dia takut dengan isteri sendiri. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikiran untuk bercerai. Kami sudah minta hadir kaunseling di mahkamah tapi katanya dah pergi.


“Dia macam dah trauma dengan isteri. Saya tanya tak akan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja,” imbasnya lagi.


Memahami apa yang menjadi penyebab wanita ini berubah, Farizal menitipkan pesanan kepada golongan suami di luar sana berhubung isu isteri berubah sikap selepas kahwin.


Golongan suami mungkin terlepas pandang untuk menyelami sebab utama mengapa pasangan berubah drastik selepas kahwin.


Terutama sekali golongan suri rumah, Farizal berkata, mereka memikul beban yang lebih banyak seperti menguruskan kerja rumah serta anak-anak berbanding sebelum berkahwin.


Keletihan dialami isteri di rumah cenderung untuk mengganggu tahap emosi mereka setiap hari.


"Dia berubah mengikut keadaan. Lihatlah mana-mana wanita bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya dua orang anak.


“Dulu masa sebelum kahwin dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah (kejiranan) boleh dengar suara dia.


“Jangan pelik ini terjadi kepasa semua para ibu kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin,” ujar wanita ini lagi.


Hantaran dibuat Farizal ini menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen memahami perubahan sikap wanita itu semakin lama lama usia perkahwinan mereka.


“Nak bagi isteri sentiasa lemah gemalai upahlah orang gaji. Seorang jaga anak, seorang tukang masak, seorang kemas rumah. Si isteri hanya layan suami dan anak saja.


“Isteri hadap benda sama hari-hari. Suami bila keluar dari rumah segala beban ditanggung akan lupa sekejap tapi isteri kena hadap keadaan sama tanpa ada peluang nak lepaskan tekanan yang ada.


“Tak ada kerjasama boleh jadi sebab. Ramai saja kawan-kawan yang isteri maintain lembut sebab suaminya helpful. Duit tak berapa (ada) sangat tapi suaminya ringan tulang. Tahu peranan bila pasangan susah,” komen netizen di Facebook. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
stress ngan hidup letew
tp mmg mula2 semua lemah lembut..dah lama tnjk la perangai sbnr.mcm i baru masuk kerja ckp lembut gierr..sopann sangat ok..
dh masuk thn ke 2 mmg hilang semua sopan..asyik marah2 jer..gitoh la perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda lepas tangan kat bini kah sampai bini jadi singa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:30 AM | Show all posts
wanita zaman kini memang tidak berkualiti, sukar mencari isteri yg berkualiti memandangkan wanita2 kini lebih banyak menghabiskan masa dgn FB, IG, Tiktok, etc...sudah pasti bilangan andartu akan meningkat dan membebankan negara
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan lah takut bini
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 19-12-2022 10:30 AM
wanita zaman kini memang tidak berkualiti, sukar mencari isteri yg berkualiti memandangkan wanita2 k ...

Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri tak berkualiti,cite pasal andartu.
Memalukan je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk dengar part isteri pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:02 AM | Show all posts
lakinyeehhh geng ummah lemari bikini bottom kut

tu yg kena jerkah je terus lemahhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak dengo bini dia kata apa..
Ada tak laki ni tolong mandikan anak.ke..atau balik.keje terus tengok.hp.sambil.tunggu bini letak.nasi atas meja.makan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:06 AM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 19-12-2022 10:53 AM
Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri t ...

well said
momod tolong bagi tacang lebih kat jejaka hensem ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:06 AM | Show all posts
bini kau tu stress..
cuba tengok financial macam mana, anak buas macam mana..
kau entah duit nafkah untuk bini pun tak cukup, kerja rumah pun tak reti nak bantu, anak pun tak tolong jaga, lagi mau komplen nak bini macam tu macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:09 AM | Show all posts
pasal dapat jantan tak guna, itu yg boleh jadi singa lapar kt rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:19 AM | Show all posts
la habis yg dok sibuk2 beras kita beli tu apa.... hihi.. bincanglah elok2, pisah sementara bagi bini tu rindu ke.. nanti manjalah balik tu... ini kalau hari2 dok buat macam boss je bini yg kene buat semua bende silap2 bukan singa yg keluar lagi naga pun ada dalam badan tu hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini stress la ni. Bagus bini nya stress dgn laki marah laki. Ada tu bini stress sbb laki tp marah kat anak..kat laki layan helok. Sampai bini tu jadi habit marah anak sampai ke besar wpom yg punca stress tu adalah dari laki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 19-12-2022 11:57 AM

Bini marah sbb laki pemalas complacent kot.. asik kena jadi hamba abdi laki je.. maid tak bergaji.. basuh baju, jemur angkatkain, lipat, kemas rumah, masak, gosok baju ofis, urus anak..

Tambah plak kena keja bayor hutang rumah keta, biĺls, groceries.. laki plak bizi main game playstation ke apa ke...

Itu yg bila menambah anak, terus bertukar jadi singa.... aku rasa lah kes nya begini

Edit : dlm thread ni bini surirumah.. mesti laki super duper pemalas lepas tangan sbb dah merasa dia provide duit utk family.. rumah kecik, kereta buruk... makanan tak cukop...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masa sblm kawin seorang ceria kelakar wat lawak bila dpt anak aku jd emo susah jaga anak
Hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 12:08 PM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 19-12-2022 10:53 AM
Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri t ...

lelaki yg berkualiti khuatir dgn perkembangan wanita2 yg tidak berkualiti seperti andartu dan janda kerana menjejaskan negara dan masyarakat...lelaki tidak berkualiti tidak menyokong lelaki yg concern dgn masyarakat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti laki yg expect bini lemah lembut senang dipijak buat pemuas nafsu dan orang gaji. haa padan muka sampai takut balik rumah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:38 PM | Show all posts
nak citer belah perempuan je problem.. yg lakinya problem apa pula? setakat "lelaki yang memiliki suara perlahan dan lemah lembut itu juga" kalau tak sefahaman dgn bini tak guna la salahkan sebelah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 19-12-2022 12:38 PM
nak citer belah perempuan je problem.. yg lakinya problem apa pula? setakat "lelaki yang memiliki su ...

Part lelaki baik belaka... There must be a reason, klu pompuan yg biasa lemah lembut tiber jadi mcm singa..itu adalah sebabnya. Kadang suami ni tak nmpk kesalahan dia or memang ego tak nak Mengaku kesalahan dia.. Si isteri yg memendam rasa.. Terus jadi singa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071119 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list